• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Azmi Gementar Pimpin Bacaan Guna Quran Braille

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat mengakui gementar apabila memimpin bacaan surah Al-Ma’un pada program sejam bersama Al-Quran #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini dengan menggunkan quran braille

“Agak gementar sebenarnya bila dipilih untuk memimpin bacaan, apatah lagi diketahui ada qari yang lebih hebat memimpin bacaan surah lain. Tapi Alhamdulillah dan nasib baik dapat surah senang,” katanya yang ditemui kemudian.

Beliau yang yang popular dengan lagu ‘Hanya NamaMu’ berkata beliau dimaklumkan mengenai jemputan ke program berkenaan empat hari lepas.

Beliau yang mengikuti kelas al-quran melalui Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) berkata walaupun sibuk dengan tugasan karier seninya, namun beliau tetap berusaha meluangkan masa mempelajari dan membaca ayat-ayat suci al-quran setiap hari.

“Di waktu zaman persekolahan, surah kegemaran saya adalah surah Al-Insyirah kerana cikgu saya cakap, ia bermaksud penerang hati. Walaupun kita tidak nampak, tetapi hati kita terang,” tambahnya.

Pelajar dari Nigeria, Osman Sufian Duguri, 30, berkata beliau datang dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di Terengganu ke Putrajaya sejak semalam semata-mata untuk beriktikaf di masjid sempena 10 terakhir Ramadhan.

“Program seumpama ini amat menarik dan saya mengambil peluang menyertainya kerana ianya adalah peluang terbaik untuk semua Muslim bersama-sama mengalunkan ayat suci yang diturunkan oleh Allah kepada semua umat manusia,” katanya.

Mohd Yusuf Sudin, 79, berkata beliau mengikuti program yang sama tahun lepas di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.

“Jadi tahun ini, saya mengajak keluarga saya termasuk anak-anak dan cucu-cucu saya untuk sekali lagi menyertai program ini di Putrajaya kerana ia memberi manfaat kepada semua golongan dalam menerapkan budaya membaca al-quran,” katanya.

Program itu berjaya menarik masyarakat Muslim dari pelbagai peringkat usia dan latar belakang dengan kehadiran lebih 5,000 orang yang memenuhi ruang utama masjid.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Marhaini Yusoff berkata program yang dianjurkan WUI itu juga mendapat sambutan di lebih 1,660 lokasi program di dalam dan luar negara.

“Alhamdulillah. Saya amat bersyukur dengan sinergi 14 media tempatan, penganjuran program ini telah berjaya menyatukan masyarakat pelbagai usia dan latar belakang dalam satu majlis bacaan al-quran,” katanya. – BERNAMA

Tags: Al-Quran
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

UMPSA Siasat Penyebaran Naratif 3R, Tindakan Tegas Menanti Pelajar Terlibat

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUANTAN – Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) memandang serius penyebaran kandungan di media sosial yang membabitkan universiti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd