• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mais Terima Sumbangan Tiga Mesin Dialisis

oleh AK-47
19/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Pusat Dialisis Majlis Agama Islam Selangor (Mais) di sini menerima tiga unit mesin hemodialisis daripada dua syarikat korporat menerusi program ‘Kasihku Zakat Selangor’ hari ini.

Dua syarikat itu ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Central Spectrum (M) Sdn Bhd dengan membabitkan jumlah agihan semula zakat berjumlah RM140,000.

Pengerusi Mais Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata program itu memberi ruang kepada pengeluar zakat terutamanya dalam kalangan syarikat korporat untuk melihat sendiri kegunaan kutipan wang zakat berkenaan.

“Program ‘Kasihku Zakat Selangor’, merupakan inisiatif kepada syarikat korporat yang mengeluarkan zakat sebanyak RM50,000 ke atas.

“Menerusi program itu, syarikat tersebut boleh memohon agihan semula 37.5 peratus daripada jumlah bayaran zakat yang dikeluarkan mereka pada tahun semasa untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Noraida Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum (M) Sdn Bhd Mahmud Abbas.

Mohamad Adzib berkata dengan sumbangan tiga mesin hemodialisis yang baharu itu, menjadikan jumlahnya sembilan mesin di pusat itu, yang memberi manfaat kepada 28 pesakit buah pinggang yang berusia lingkungan 18 hingga 70 tahun.

“Daripada 28 pesakit yang menerima rawatan, 23 daripadanya merupakan pesakit kurang berkemampuan yang mana rawatan mereka dibiaya dengan bantuan zakat oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS),” katanya. – BERNAMA

Tags: MAISMesin DialisisZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd