• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Orang Ramai Perlu Waspada Bayar Zakat Elak Ditipu

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Umat Islam di negeri ini diingatkan supaya menjelaskan bayaran zakat fitrah kepada amil-amil yang dilantik oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) agar tidak tertipu oleh ‘amil palsu’ yang akan muncul pada minggu akhir Ramadan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zakaria Othman berkata seramai 3,200 amil telah ditempatkan di kawasan-kawasan yang dipilih di seluruh pelusuk negeri dan mereka mempunyai kad kuasa bersama buku resit bayaran berwarna oren yang sah daripada LZNK.

“Perkara pertama yang perlu diberi perhatian pembayar zakat ialah memastikan individu yang mengutip zakat di masjid, kompleks beli-belah, bank-bank dan pasar raya mempunyai kad kuasa yang digantung pada leher dan resit bayaran adalah daripada LZNK yang berwarna oren, supaya tidak tertipu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran kaunter Drive Tru (pandu lalu) Bayaran Zakat Fitrah di Menara Zakat Kedah di sini, hari ini.

Katanya, kaunter yang dibuka pada pukul 8 pagi hingga 7 malam sehingga akhir Ramadan memberi kemudahan kepada orang ramai membayar zakat fitrah dengan cepat dan berkesan.

Beliau berkata dalam tempoh dua jam (8 pagi hingga 10 pagi) kaunter berkenaan berjaya mengumpul RM1,200 daripada 160 pembayar zakat yang menggunakan kemudahan pandu lalu itu.

Dalam pada itu, Zakaria turut meminta kakitangannya memantau bagi mengenal pasti terdapat individu tertentu termasuk amil yang dilantik LZNK mengambil kesempatan mengutip zakat fitrah bagi pihak lain.

“Kita dapat aduan ada individu ambil kesempatan bahkan ada amil kita sendiri yang ambil kesempatan memungut zakat fitrah ini bagi orang lain dan saya dah beri peringatan kepada semua amil kita dan berharap perkara ini tak berulang tahun ini,” katanya.

Sementara itu, Zakaria berkata jumlah jutipan keseluruhan jenis zakat di Kedah sehingga 19 Jun ini ialah RM70 juta, peningkatan RM8 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Zakat pendapatan adalah tertinggi iaitu RM40 juta, zakat perniagaan RM17.846 juta dan zakat wang simpanan sebanyak RM7 juta.

Belau juga meminta orang ramai supaya tidak menunggu saat-saat akhir untuk menunaikan zakat fitrah dan datang awal bagi mengelak berlaku kesesakan di kaunter-kaunter zakat. – BERNAMA

Tags: kes tipuZakat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd