• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Siapa Suka Sangat ‘Online’ Sambil Memandu, Sila Baca Ni!

oleh AK-47
19/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jangan kata orang lain, diri sendiri pun kadang-kadang tak boleh menahan tangan daripada check handphone bila ada mesej masuk ketika memandu.

Nak-nak zaman sekarang ramai guna WhatsApp, maka mesej selalunya menderu-deru diterima apatah lagi bila melibatkan perbualan dalam kumpulan.

Bukan setakat check mesej, sesetengah pemandu mempunyai tabiat sambil memandu tu, masa itulah juga nak periksa status Facebook, WeChat dan lain-lain. Kononnya, dah cukup cekap untuk kawal stereng dan jalan tak sesak sangat.

Hakikatnya, bila-bila masa saja kemalangan boleh berlaku disebabkan kelekaan pemandu jenis ini. Bayangkan kalau disebabkan mahu check status Facebook kawan-kawan, ada nyawa manusia lain yang melayang. Bukankah zalim tu?

Di sini kami kongsikan luahan seseorang yang sebal dengan perangai pemandu sebegini hingga mengundang satu insiden yang berlaku depan matanya sendiri.

Tak pasti siapa individu sebenar yang menulis luahan yang telah tersebar di portal-portal media ini tapi yang pasti, ia mampu beri pengajaran kepada setiap orang yang suka sangat online sambil memandu. – MYNEWSHUB.CC


 

(Gambar Hiasan)
(Gambar Hiasan)

PERINGATAN: JANGAN BERWHATSAPP, BERFACEBOOK, BER APA SAJA LAH SEMASA MEMANDU. APA YANG PENTING SANGAT SAMPAI TAK BOLEH TUNGGU?? KORANG MUNGKIN MENYEBABKAN KEMATIAN.

Happened this morning,

Pagi2 pergi pasar lah kan. Since Jeff takde lagi esok (haih..asyik kena tinggal je..) hari ni dia request nak makan masak lemak telur itik dengan sambal tumis ayam.

Otw balik..ada satu kereta MYVI kat depan ni.. bawak yang ampun kejap ke kiri. Kejap ke kanan. Pastu slow. Dah agak dah. Ni mesti tgh main telefon lah ni. Nampak tangan kiri tgh pegang. Tangan kanan pegang stering. Mata confuse nak tgk mana. Ai pun hon lah kan..bagi dia sedaq sikit. Dia boleh buat bodoh. Kat depan sikit dia belok kiri. Dia tak bagi signal. Tetiba je belok. Motor tgh lalu. Bang!! Ai pun brek jugalah. Nak turun tak nak..nak turun tak nak. Turun je lah.

SubhanAllah..motor yang dilanggar tadi ada budak kecik kat depan. Berdarah kepalanya. Ayahnya tgh peluk erat. Driver yang langgar masih dalam kereta. Perempuan. Terketar2. Org sudah ramai berenti. Tolong abang dgn anaknya.

Saya? Tengok anak itu tadi dah sungguh meluluhkan hati saya. Masih kecil. Mungkin 4-5 tahun. Anak perempuan.

I went and knocked her car door asked her to come out. She refuse. Ai jerit “Kepala hotak ang. Ang baik keluaq sebelum aku tariq rambut ang!”. Dia keluar. Sambil tangannya pegang telefon, dia jenguk ke belakang melihat abang tu sedang nangis panggil nama anaknya. Ai rampas telefon tu. Tgk facebook tgh on. Dia tgh baca comment. Bukan status dia. Satus org. Sooooo IMPORTANT la kan.

Sorry to say.. i gave her a big slap. She cried. Datang pulak satu lelaki ni sengkak kolar baju dia..angkat dan campak dia kat abang yang dia langgar tu. Dia menangis2 lagi. Ai pun tak boleh tunggu lama pasal anak 4 org ada dok kat rumah.. kakaknya saja jaga. Janji nak keluar 20 minit. Ni dah nak sejam.

Ai pergi tgk budak tu sebelum beredar. Budak tu dah sedar. Kepala dia berdarah sebab terhantuk. Nasib baik ayahnya pakaikan helmet. Kalau tak? Ai tgk ramai yang nak selesaikan kes..so Ai pun mintak diri lah.

P/S: Dont misuse technology… it even KILLS relationships

Tags: facebookkesalahan undang-undangwhatsapp
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

Ibu Pelajar A Dakwa Diganggu Ibu Zara Qairina Melalui WhatsApp

02/02/2026
0

KOTA KINABALU: Ibu kepada Pelajar A, seorang daripada lima pelajar yang didakwa menghina Allahyarham Zara Qairina Mahathir, memaklumkan Mahkamah Koroner...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd