• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lokasi Kemalangan Jalan Raya Di Kelantan Dipantau

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Polis Kelantan akan membuat pemantauan di enam lokasi berbahaya di tiga jalan utama di Kelantan bagi mengelakkan berlaku kemalangan jalan raya sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri minggu depan.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata lokasi itu membabitkan Kilometer (KM) 311.1 dan 318.5 Jalan Kuala Krai – Gua Musang, KM 732 Jalan Rantau Panjang – Pasir Mas dekat Lubok Jong.

Selain itu, di KM 290.2 Jalan Tanah Merah – Pasir Puteh hadapan JKR Machang, KM 37 Jalan Kota Bharu – Terengganu, KM 16.2 dan 16.8 Jalan Panglima Bayu – Rantau Panjang – Jeram Perdah.

“Kesemua lokasi itu akan dipantau anggota polis peronda supaya pengguna mematuhi peraturan jalan raya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op Selamat yang bermula semalam (18 Jun) hingga 2 Julai depan, sempena Hari Raya 2017 di Hentian Gua Musang di Kampung Tanah Puteh sini, malam tadi.

Turut hadir Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan Mahasan Mustafa dan Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Rajab Ahad Ismail.

“Selain itu, anggota polis juga akan melakukan rondaan di kawasan kediaman penduduk yang pulang beraya di kampung bagi menangani kes pecah rumah.

“Bagaimanapun kita mahu penduduk yang ingin pulang ke kampung menyambut hari raya supaya mengisi borang keselamatan rumah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran,” katanya sambil menambah ia bagi memudahkan anggota yang membuat rondaan memantau kawasan penempatan terbabit.

“Musim perayaan sudah tentu terdedah kepada peluang kejadian jenayah khusus pecah rumah dan kita harap penduduk memberi kerjasama bagi memastikan semua kediaman selamat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kelantankemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

Tema ‘Bunian’ Sambutan Hari Jadi Anak Jutawan Kelantan Cetus Perdebatan Netizen

31/05/2026
0

Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR _ Sambutan hari jadi yang didakwa melibatkan anak perempuan seorang jutawan terkenal dari Kelantan menjadi perhatian...

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd