• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SKMM Jangka Kes Jenayah Buli Siber Meningkat

oleh Ahmad Albab
19/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjangka kes jenayah buli siber akan meningkat jika filem-filem berunsur ganas dalam internet tidak disekat.

Ketua Pegawai Sektor Keselamatan Rangkaian, Pemantauan Media Baharu, Pematuhan dan Advokasi SKMM Dr Mazlan Ismail berkata dalam zaman internet ini, pelbagai jenis filem boleh ditonton dalam laman web.

Menurutnya, filem-filem keganasan ini akan mempengaruhi pemikiran anak-anak muda dan menyebabkan jenayah buli dalam kalangan rakyat Malaysia meningkat dari tahun ke tahun.

“Kita tidak mempunyai kuasa untuk menyekat semua laman web tersebut namun meminta rakyat Malaysia sedar tanggungjawab masing-masing membasmi jenayah yang semakin meruncing itu,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, kewujudan laman web yang tidak menghadkan umur itu menyebabkan usaha Lembaga Penapisan Filem (LPF) menapis adegan ganas untuk mengekang keganasan dilihat tidak berhasil.

Beliau diminta mengulas kenyataan Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye hari ini yang memberitahu sekurang-kurangnya satu dari dua belia mengakui telah mengalami pembulian siber di Malaysia berdasarkan kajian Stop Cyberbullying 2017 di bawah program Digi CyberSAFE.

Lee berkata, berdasarkan statistik CyberSecurity Malaysia pula, buli siber dalam kalangan pelajar berlaku hampir setiap hari dengan 250 kes dilaporkan pada tahun 2012 manakala pada tahun 2013 terdapat 389 kes; 2014 (291 kes); 2015 (256 kes) dan 2016 (338 kes).

Katanya, SKMM telah melancarkan pelbagai usaha untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang keselamatan penggunaan internet khususnya pengguna muda.

Terdahulu, Mazlan menghadiri Majlis Berbuka Puasa Jelajah Ramadan Klik Dengan Bijak (KDB) 2017 bersama Penghuni Pusat Jagaan Kasih Abadi dan Rumah Warga Emas Darul Hanan di sini.

Mazlan berkata SKMM melalui Jelajah Ramadan KDB 2017 telah menganjurkan program sama di tiga negeri lain – Selangor, Negeri Sembilan dan Perak yang turut memuatkan pengisian program Cyber Grooming dan perkongsian etika dan tips keselamatan di internet serta penggunaannya yang positif. – BERNAMA

Tags: SKMM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

SKMM Siasat Pempengaruh Sebar Maklumat Palsu Kaitkan Institusi Diraja

28/04/2025
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menjalankan siasatan terhadap seorang pempengaruh media sosial berkaitan penyebaran maklumat...

Insiden Pulau Angsa: Kotak Hitam Helikopter Maritim Malaysia Ditemui

Zuraida: Tindakan Fahmi Persis Pemerintahan Komunis

17/04/2024
0

Timbalan Presiden Muafakat Nasional Zuraida Kamaruddin menyifatkan tindakan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil seperti "pemerintahan negara komunis", susulan arahannya agar Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd