• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ADUN Pujut: SPR Akur Keputusan Mahkamah

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akur dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuching hari ini bahawa Dr. Ting Tiong Choon kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sarawak N74 Pujut.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd. Hashim Abdullah berkata, suruhanjaya itu akan mengambil tindakan selanjutnya selaras dengan keputusan mahkamah.

“SPR akan mengadakan mesyuarat khas berkaitan perkara ini bagi memuktamadkan keputusan yang melibatkan tarikh-tarikh yang telah ditetapkan sebelum ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuching hari ini membatalkan keputusan DUN Sarawak yang melucutkan keanggotaan Tiong Choon sebagai ADUN N74 Pujut yang mengakibatkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi itu.

Berdasarkan kepada keputusan itu juga, mahkamah memutuskan bahawa tiada kekosongan luar jangka yang berlaku dan jawatan ADUN Pujut perlu dikembalikan semula kepada penyandangnya.

Pada 12 Mei, Tiong Choon dilucutkan kelayakan sebagai ADUN Pujut kerana didakwa pernah memegang dua kewarganegaraan (Malaysia dan Australia) selepas usul itu dibentangkan pada DUN Sarawak.

Pada 7 Jun, beliau memfailkan saman pemula bagi mencabar keputusan DUN itu melucutkan kelayakannya sebagai anggota dewan berkenaan. – BERNAMA

Tags: Adun PujutSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

Onn Hafiz Seru Semua Pihak Berkempen Secara Matang, Berhemah, Tertib

12/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi menyeru semua pihak terlibat dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor...

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos, Tempoh Berkempen 14 Hari

12/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menetapkan 11 Julai 2026 sebagai hari mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd