• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malunya Kapal Tentera AS Terlanggar Kapal Kontena

oleh
18/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Amerika Syarikat (AS) mendapat malu besar apabila sebuah kapal pemusnah tentera lautnya, USS Fitzgerald terlanggar kapal kontena Filipina, ACX Crystal di pesisir Jepun, awal Sabtu.

Pihak tentera laut AS berkata, Jepun turut membantu menerbangkan seorang kelasinya yang cedera parah dengan helikopter. Insiden pelik itu mencetuskan ‘bahan jenaka’ berhubung kehebatan armada kuasa besar dunia itu.

Pengawal pantai Jepun berkata, setakat ini tujuh kru kapal penggempur perang Skuadron 15 yang berpangkalan di Yokosuka itu disahkan sebagai hilang berdasarkan kepada maklumat diberikan oleh pihak tentera laut AS sendiri.

Insiden aneh itu meletus kira-kira pukul 2.30 pagi waktu tempatan (1.30 pagi waktu Malaysia), namun ia tidak menyebabkan karam termasuk kapal dagang dilanggar tersebut yang membawa muatan seberat 29,000 tan.

“Kami giat mengesan mereka. Perkembangan semasa akan dimaklumkan kepada ahli keluarga kru kapal USS Fitzgerald,” kata ketua operasi tentera laut AS, Laksamana John Richardson dalam kenyataan menerusi Twitter.

Jurucakap pengawal pantai Jepun dalam pada itu berkata, mereka sudah menghantar lima buah kapal, dua pesawat dan sepasukan penyelamat yang mahir ke lokasi pelanggaran terletak 56 batu nautika dari barat daya Yokosuka.

Tentera AS berkata, USS Fitzgerald masih bergerak dengan enjin sendiri tetapi kuasa pacuannya terhad dan kelasi sedang bertungkus-lumus mengeluarkan air laut yang membanjiri kapal tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Amerika Syarikatjepun
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

WWF-Malaysia Tidak Tahu Sebab Dara, Amoi Dan Kelat Dipindahkan Ke Jepun

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR – WWF-Malaysia menegaskan bahawa kebajikan tiga ekor gajah iaitu Dara, Amoi dan Kelat yang dipindahkan dari Zoo Taiping...

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

PM Anwar Arah NRES, Zoo Taiping Pastikan Kebajikan Tiga Gajah Di Jepun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kebajikan tiga gajah Dara, Amoi dan Kelat yang kini berada di Jepun perlu menjadi keutamaan Kementerian Sumber...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd