• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kepentingan Wanita Dalam Penggubalan Dasar Negara

oleh Ahmad Albab
18/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan sentiasa mengetengahkan kepentingan wanita dalam penggubalan dasar negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata banyak usaha telah dilakukan dalam memperkasakan golongan wanita baik dalam sektor korporat atau sosial.

“Kita mahu lahirkan lebih ramai lagi srikandi-srikandi yang disegani dalam bidang masing-masing

“Saya percaya golongan wanita akan dapat merealisasikan potensi sebenar mereka dengan ruang dan peluang yang disediakan oleh kerajaan, Insya-Allah,” katanya menerusi entri terbaru blog najibrazak.com bertajuk ‘Kehebatan Tokoh-Tokoh Wanita Dalam Sejarah’.

Beliau berkata peranan wanita bukanlah sekadar menjadi ibu dan isteri bahkan memberi impak yang besar kepada pembangunan sesebuah masyarakat atau negara.

“Bak kata pepatah Melayu, tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia,” katanya.

Menurut Najib, ramai tokoh wanita Islam yang berjaya dan diberi pengiktirafan atas sumbangan besar mereka yang dapat dijadikan pedoman seperti Saidatina Siti Khadijah RHA yang merupakan usahawan wanita terulung dan seorang dermawan yang merupakan sumber inspirasi kepada Rasulullah SAW.

“Kita juga sedia maklum akan kebijaksanaan Saidatina ‘Aishah RHA sebagai tokoh pendidik dan keberanian Nusayba binti Ka’ab al-Ansariyah, seorang srikandi wanita yang mempertahankan baginda Rasulullah SAW dalam Perang Uhud,” katanya. – BERNAMA

Tags: KerajaanWanita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

2 Doktor Bertugas Di Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Mersing

29/05/2026
0

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor menjelaskan terdapat dua doktor bertugas semasa seorang wanita membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan...

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

‘Kerajaan Tahun 2003 Batal Semua Peruntukan Sekolah Agama’ – Anwar

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kerajaan pada tahun 2003 pernah membatalkan semua peruntukan kepada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd