• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hendrawan Yakin Misbun Mampu Tingkat Prestasi

oleh AK-47
16/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penolong ketua jurulatih perseorangan badminton negara, Hendrawan yakin kepulangan semula Datuk Misbun Sidek ke dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sebagai ketua jurulatih akan meningkatkan kembali prestasi pemain perseorangan badminton negara.

Menurutnya Misbun telah membuktikan kehebatannya dalam melahirkan jaguh-jaguh badminton negara seperti Datuk Lee Chong Wei, Roslin Hashim dan Hafiz Hashim.

“Tujuan awal Misbun masuk adalah kerana prestasi perseora­ngan lelaki agak kurang (menyerlah) ketika ini dan saya percaya kehadirannya boleh perbaiki keadaan ini,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, baru-baru ini.

Hendrawan berkata kehadiran Misbun ke dalam BAM akan menyuntik semangat baharu kepada para pemain perseorangan negara termasuk anak didiknya, Chong wei.

“Ia perkembangan yang sangat bagus buat Chong Wei yang menggalas cabaran untuk memburu kejuaraan dunia pertamanya di Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland, Ogos depan,” katanya.

Misbun ialah individu yang bertanggungjawab mengembangkan bakat jaguh badminton negara, Chong Wei sehingga muncul pemain perseorangan lelaki pertama memenangi kesemua gelaran Siri Super, dan meraih gelaran berprestij termasuk dua pingat perak Sukan Olimpik dan tiga kejuaraan All England. – BERNAMA

Tags: BAMDatuk Misbun Sidek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

Tengku Zafrul Calon Tunggal Presiden BAM, Pencalonan Masih Dibuka – Kenny

06/05/2025
0

MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz masih lagi menjadi calon tunggal bagi jawatan presiden pada...

SPRM Sahkan Siasat BAM

SPRM Sahkan Siasat BAM

03/12/2024
0

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan siasatan telah dibuat terhadap kepimpinan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM). IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd