• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demi Staf, CEO Hyundai Turki Berpuasa Penuh Ramadan

oleh
18/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

ANKARA – Sempena Ramadan, umat Islam kian di seluruh dunia memperbanyakkan ibadah selain menahan lapar dan dahaga pada waktu siang bagi menghayati keindahan bulan mulia ini.

Selain itu, terdapat pelbagai manfaat dari sudut kesihatan hasil amalan berpuasa ini, antaranya bagi mengeluarkan toksin daripada tubuh dan menyihatkan sistem pencernaan dalam anggota badan.

Namun, bukan umat Islam sahaja yang mahu merasai nikmat berpuasa, nampaknya sebilangan masyarakat bukan Islam juga ingin saling menghormati bulan suci ini khasnya di negara majoriti Muslim.

Malah, ada bukan sekadar tidak makan di hadapan rakan Islam yang berpuasa, mereka juga ikut berpuasa selama sebulan! Salah seorang daripadanya adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Hyundai Turki.

Menurut laporan media tempatan, Mong Hyun Yoon yang juga Presiden Hyundai Assan Otomotiv San ve Tic. A.Ş, itu sudah pun berpuasa sejak tahun lalu dan tindakannya jelas amat dihargai oleh para pegawainya.

“Sejak tahun lalu, saya sudah mula puasa dengan keluarga Hyundai Assan untuk rasa apa mereka rasai selama berpuasa,” tulis warga Korea Selatan itu dalam surat terbuka untuk staf yang jadi tular beberapa hari lalu.

“Saya ingin menunjukkan rasa bangga saya terhadap mereka. Betapa kagum saya lihat para pegawai puasa dengan senang hati, tidak menganggap puasa sebagai suatu urusan yang berat,” kata Hyun Yoon.

Ujarnya lagi, melihatkan pekerja tempatan syarikat Korea itu tetap bekerja dengan baik meskipun berpuasa membuatkan beliau berasa simpati terhadap mereka dan belajar memahami orang kelaparan di luar sana.

“Perkara sebegini adalah pelajaran sangat penting daripada Al-Quran sendiri,” jelasnya yang berpengalaman lebih 30 tahun dengan Hyundai di Korea Selatan dan baru mengetuai syarikat itu di Turki pada tahun lalu.

Selain ikut berpuasa, Hyun Yoon, 53, yang menyertai Hyundai sejak 1985 itu malah turut memberikan ganjaran kepada kakitangannya yang tetap bekerja keras sepanjang bulan Ramadan waima dalam cuaca panas.

Apa yang pasti, hasil wujudnya sikap toleransi dan prihatin oleh CEO mereka sendiri, semua petugas Muslim nyata semakin dapat melakukan tugas dengan lebih tenang dan berasa gembira tanpa jemu.

Malah, Hyun Yoon memang terkenal dengan sikap bijak dalam menyesuaikan diri begitu pantas sehingga mampu menghafal lagu kebangsaan Turki pada tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: HyundairamadanTurki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

FAMA Import 650 Tan Kelapa Tampung Bekalan Ramadan, Aidilfitri

01/03/2025
0

PADANG BESAR: Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengimport 650 tan kelapa tua bagi menampung keperluan permintaan menjelang Ramadan dan Aidilfitri...

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

Kantin Sekolah Buka Seperti Biasa Sepanjang Ramadan

17/02/2025
0

Semenyih : Sesi persekolahan dan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang Ramadan, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd