• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Nhaveen Akan Disiasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Ahmad Albab
16/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kes pukul dan dera remaja lelaki, T.Nhaveen kini akan disiasat sebagai kes bunuh selepas mangsa disahkan meninggal dunia pada pukul 6 petang tadi.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis akan menukar siasatan kes itu setelah ia diklasifikasikan sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, susulan kematian remaja itu.

Sebelum ini, lima suspek berusia antara 16 dan 20 tahun yang dikaitkan dalam kes itu disiasat mengikut seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan menggunakan senjata.

Dalam kejadian Sabtu lepas, Nhaveen, 18 cedera parah akibat dipukul sekumpulan lelaki di Jalan Kaki Bukit, George Town sehingga mati otak selain mengalami kecederaan di bahagian dubur, meninggal dunia petang tadi selepas lima hari berada di Unit Rawatan Rapi, Hospital Pulau Pinang.

Seorang lagi rakannya, T.Previin, 19, dilapor turut dipukul oleh kumpulan berkenaan menggunakan topi keledar namun sempat meloloskan diri bagi mendapatkan bantuan.

Susulan kejadian itu, tiga remaja berusia 18 hingga 19 tahun yang tamat reman esok akan direman semula manakala dua pelajar tingkatan empat dan lima juga akan dibawa ke mahkamah untuk mendapat perintah reman bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu Khalid mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menunaikan solat Tarawih dan diikuti jamuan moreh bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Masjid Bukit Aman, di sini.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan sumbangan RM150,000 kepada Masjid Bukit Aman dan Persatuan Keluarga Polis (Perkep). – BERNAMA

Tags: kes liwatkes pukul
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

Suspek Pukul Guru Sekolah Memandu Direman 4 Hari

13/08/2025
0

Batu Pahat: Lelaki yang memukul guru sekolah memandu hingga berlumuran darah serta merosakkan kenderaan di perkarangan Balai Polis Parit Sulong,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd