• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meninggal Dalam Sujud Ketika Solat Tarawih

oleh
15/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JAKARTA – Mungkin inilah dinamakan pengakhiran yang baik. Satu rakaman video kini tular menerusi media sosial memaparkan seorang jemaah meninggal dalam keadaan sedang bersujud.

Laman berita Merdeka.com melaporkan, lelaki tempatan tersebut sedang menunaikan solat terawih secara berjemaah pada malam Selasa lalu di Masjid Al Ittihad, Tebet, Jakarta Selatan, semasa peristiwa itu berlaku.

Menerusi rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) masjid berkenaan, lelaki itu yang memakai baju berwarna biru langsung tidak bangun daripada kedudukan sujud sehingga para jemaah yang lain selesai menunaikan solat.

Sesudah selesai solat, jemaah lain yang prihatin, segera mendekati lelaki itu dan cuba mengejutkannya. Kejadian itu yang dirakam CCTV masjid dan dimuat naik oleh pengguna media sosial bernama ‘bellianti’ ke laman YouTube.

Beliau kemudian turut memuat naik catatan ringkas yang berbunyi: “Subhanallah, jemaah ini meninggal dunia ketika sujud akhir solat tarawih di Masjid Al Ittihad Tebet Mas Indah, pada 13 Jun 2017 lalu.

“Menurut khabar, jemaah ini sebenarnya akan berangkat esok pagi Rabu menunaikan umrah. Mudah-mudahan amal ibadah Allahyarham diterima oleh Allah SWT dan meninggal dalam keadaan Husnul Khotimah, Amin.”

Pihak masjid melalui satu kenyataan mengesahkan bahawa allahyarham sepatutnya dijadual berlepas menunaikan ibadah umrah 10 hari terakhir Ramadan di Tanah Suci Makkah pada 14 Jun dengan beberapa ahli keluarganya.

Dalam pada itu media tempatan melaporkan, jemaah tersebut ialah Izhar bin Moezalir, seorang pesara sebuah agensi pemerintah yang berusia 57 tahun dan berasal dari Bandung, Jawa Barat. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: solatsujudtarawih
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

Solat Dengan Bunian: Pendakwah Dakwa Video Lama, Sudah Diturunkan

06/05/2025
0

Alor Setar: Pendakwah terkenal, Syeikh Muhd Zainul Asri Mohd Romli tampil memberi penjelasan bahawa video yang tular membabitkan seorang ulama...

Ismail Sabri Tunai Solat Bersama Rakyat

Ismail Sabri Tunai Solat Bersama Rakyat

04/11/2022
0

BERA – Meskipun merupakan pemimpin nombor satu negara namun Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak menggunakan kelebihan yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd