• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mayat Nelayan Ditemukan Lemas Di Kuala Sungai Paitan

oleh Ahmad Albab
14/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SANDAKAN – Seorang nelayan yang dilaporkan hilang selepas keluar memukat pada Isnin lepas, ditemukan mati lemas di Kuala Sungai Paitan, Beluran hari ini.

Mayat mangsa, Amiruddin Jakariah, 37, ditemukan terapung di kawasan pinggir bakau pada 7 pagi oleh penduduk kampung.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim Sandakan (DM17) Komander Maritim Mohd Khairul Anuar Abd Majid berkata mayat mangsa telah dituntut oleh anggota keluarganya dan operasi mencari ditamatkan pada 8 pagi tadi.

Amiruddin dikatakan keluar ke laut seorang diri untuk memukat ikan pada Isnin lepas dan tidak pulang ke rumah sehingga semalam lalu anggota keluarganya membuat laporan polis, katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya seorang penduduk kampung yang dalam perjalanan pulang daripada mencari ketam terlihat bot mangsa di Kuala Sungai Sidi pada 10 malam Isnin lepas namun tidak menyinggah kerana menyangkakan mangsa tidur di dalam botnya.

Katanya bot mangsa kemudian ditemukan tersadai semalam di kawasan perairan itu. – BERNAMA

Tags: lemasMayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

Lelaki Terjatuh Di Empangan Sultan Azlan Shah Ditemui Meninggal Dunia

05/03/2026
0

IPOH – Misteri kehilangan seorang lelaki selepas dipercayai terjatuh di Empangan Sultan Azlan Shah pada 27 Februari lalu akhirnya terungkai...

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

Hero Lemas Selepas Menyelamatkan Orang Lain

12/01/2026
0

Tragedi Di Sungai Kedondong Jadi Amaran Keras Kepada Orang Awam IPOH – Seorang lelaki berbangsa India berusia lingkungan 20-an disahkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd