• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Eduardo Almeida Hampir Pasti Pengendali Baru MU

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jurulatih berasal dari Portugal, Eduardo Almeida hampir pasti menyertai pasukan Melaka United (MU) pada pusingan kedua Liga Super yang akan bermula selepas sambutan Aidilfitri nanti.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA) Datuk Yusoff Mahadi berkata secara dasar bekas jurulatih T-Team pada musim 2013-2014 itu telah menyatakan persetujuan secara lisan menerusi perbualan untuk menyertai pasukan MU.

“Beliau (Eduardo Almeida) juga telah menyatakan persetujuan untuk datang ke Melaka esok dan menyaksikan perlawanan persahabatan MU dengan pasukan Negeri Sembilan pada Khamis ini,”katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yusoff berkata beliau juga telah meminta penolong jurulatih, G.Selvamohan memberi penerangan kepada Almeida tentang corak latihan dan permainan pasukan skuad MU.

“Jika beliau bersetuju untuk bersama MU dan boleh terima dengan cara kita maka persatuan tidak ada masalah untuk menandatangani kontrak pada hari itu juga,” katanya.

Katanya beliau harap Almeida akan dapat keserasian untuk membimbing pasukan MU dan seterusnya membawa pasukan ke tahap yang lebih baik lagi.

“Kita juga harap beliau (Eduardo Almeida) mampu membuat perubahan pada pasukan nanti dengan mengadakan perbincangan dengan Selvamohan apa yang perlu diperbaiki bagi memantapkan lagi pasukan,” Katanya.

Yusoff berkata MUSA faham tugas yang bakal digalas oleh jurulatih baru pasukan bukanlah satu perkara yang mudah kerana beliau perlu membantu pasukan di pertengahan musim dan bukanya permulaan musim.

MUSA sebelum ini membuat keputusan untuk memecat ketua jurulatihnya Eric Williams dan tiga pemain importnya setelah kecewa dengan aksi hambar pasukan pada pusingan pertama Liga Super. – BERNAMA

Tags: Datuk Yusoff MahadiEduardo Almeida
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Sukan SEA: Skuad Bawah 23 Berlatih Di China

18/05/2017
0

MELAKA - Skuad bawah 23 tahun kebangsaan memilih China bagi menjalani latihan persiapan menghadapi temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017...

Melaka Import 2 Pemain Baru Perkukuh Pasukan

17/05/2017
0

MELAKA - Pasukan Melaka United mendapatkan dua pemain import baharu bagi memperkukuhan lagi pasukan itu mengharungi saingan pusingan kedua Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd