• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka Import 2 Pemain Baru Perkukuh Pasukan

oleh AK-47
17/05/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Pasukan Melaka United mendapatkan dua pemain import baharu bagi memperkukuhan lagi pasukan itu mengharungi saingan pusingan kedua Liga Super.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka (MUSA), Datuk Yusoff Mahadi berkata pihaknya merancang untuk menukar pemain import setelah mereka gagal beraksi dengan baik seperti mana yang diharapkan oleh pasukan.

Katanya Melaka United (MU) semalam telah selesai mengambil seorang pemain impot baharu yang berasal dari Macedobia iaitu Jasmin Mecinovic berusia 27 tahun yang akan bermain di posisi pertahanan.

“Diharap kedatangan Jasmin yang mempunyai fizikal yang tinggi iaitu 1.94 meter mampu memperkemaskan barisan benteng pertahanan pasukan yang sebelum ini kerap dibolosi sehingga hampir 30 gol dalam saingan separuh musim pertama ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata seorang lagi pemain import yang sudah dikenal pasti iaitu Felipe De Almeida Souza dari Brazil akan duji petang esok bagi memperkasakan barisan tengah pasukan bagi mengantikan tempat Sergi Ezequeil Aguero yang gagal mempersembahkan aksi terbaik sepanjang perlawanan sebelum ini.

“Sekiranya Felipe gagal memberi keyakinan jurulatih, Melaka United tidak menolak kemungkinan untuk mengguna kembali khidmat bekas pemain musim lepas Labinot Harbuzi sebagai pilihan kedua bagi membantu Jeon Woo Young mengemudi di barisan tengah.

“Apa pun kita akan serahkan kepada jurulatih, Eric Williams untuk membuat penilaian terhadap pemain baharu sebelum diterima masuk dalam pasukan MU,” katanya.

Beliau berkata pihak Melaka United mengambil keputusan untuk mengekalkan penyerang importnya Ilija Spasojevic bukan kerana puas hati dengan mutu permainan pemain berasal dari Montenegro itu tetapi kerana masalah kangkangan kewangan.

“Sekiranya ‘Spanso’ terus gagal mengubah corak permainan sebelum tutup jadual pemindahan pemain pada 11 Jun ini…kita tidak mempunyai pilihan lain untuk mencari pemain baru,”katanya.

Katanya selain daripada Spasojevic, pemain import dari Korea Selatan, Jeon Woo Young turut dikekalkan manakala khidmat Sergi Ezequeil Aguero dan Godwin Antwi tidak lagi diperlukan.

“Diharap pengambilan pemain import baru ini dapat membawa sedikit perubahan kepada pasukan MU supaya dapat terus kekal bersaingan dalam liga ini dan terus kekal dalam Liga Super pada musim depan,” katanya.

Yusoff berkata MU terpaksa melepaskan khidmat Mohd Amri Yahyah apabila beberapa perbincangan yang dibuat pasukan Selangor akan mengambil pemain tersebut.

“Adalah amat berat hati untuk saya melepaskan Amri namun beliau sendiri telah bersetuju untuk bersama pasukan Selangor…saya harap Mohd Fauzi Roslan dan pemain lain dalam pasukan MU mampu mengambil alih dan peluang mengantikan tempat Amri selepas ini,” katanya.

Beliau berkata selain daripada mengambil dua pemain import baharu, Pasukan Johor Darul Takzim 2 (JDT2) telah bersetuju untuk meminjamkan tiga pemainya. – BERNAMA

Tags: Datuk Yusoff MahadiMUSA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Eduardo Almeida Hampir Pasti Pengendali Baru MU

13/06/2017
0

MELAKA - Jurulatih berasal dari Portugal, Eduardo Almeida hampir pasti menyertai pasukan Melaka United (MU) pada pusingan kedua Liga Super...

Melaka United Tekad Butang Panik, Rancang Jual Spaso

31/05/2017
0

PETALING JAYA - Pasukan Melaka United sudah menekan 'butang panik' untuk terus kekal di Liga Super pada musim hadapan dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd