• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kesban Kurangkan Risiko Bah Kelantan-Thailand

oleh AK-47
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Projek Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu Sungai Golok (Kesban) Fasa 1, melibatkan peruntukan RM300 juta akan dapat mengurangkan risiko banjir di jajahan berhampiran sungai berkenaan termasuk Tumpat, Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Ir Dr Hamim Samuri berkata projek itu melibatkan dua komponen utama iaitu projek pengukuhan tebing Sungai Golok dan projek tebatan banjir di sepanjang sungai tersebut.

“Sebahagian besar projek pengukuhan tebing Sungai Golok telah siap dan selebihnya dalam pembinaan, manakala projek tebatan banjir dalam proses pelaksanaan,” katanya selepas melawat Sungai Golok yang menjadi sempadan Malaysia-Thailand di Kelantan, di Pengkalan Kubor di sini, hari ini.

Hamim berkata projek Kesban merupakan sebahagian inisiatif dalam penyelesaian menyeluruh terhadap isu banjir di Sungai Golok melibatkan anggaran kos RM1.032 bilion dengan tempoh pelaksanaan membabitkan tiga fasa melangkaui Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).

Katanya selain akan membantu mempercepatkan pengaliran air banjir di Jajahan Pasir Mas, Tanah Merah dan Jeli, projek itu turut berperanan menjamin keselamatan dan kedaulatan negara di kawasan sempadan Malaysia-Thailand.

Dalam perkembangan lain, mengulas mengenai projek mengukur sempadan Malaysia-Thailand, Hamim berkata setakat ini, kerja-kerja mengukur sempadan dari Perlis sehingga Kelantan telah selesai.

“Sebahagian besar sempadan yang telah siap diukur itu sudah ditandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Malaysia dan Thailand,” katanya.

Beliau berkata pada masa ini, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia serta kementeriannya sedang menyediakan draf MoU bagi menerima pakai sempadan yang telah ditanda dan diukur secara bersama antara pihak Malaysia dan Thailand di sepanjang Sungai Golok.

Katanya draf MoU itu bakal dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Bersama Malaysia-Thailand pada masa akan datang. – BERNAMA

Tags: Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

Hampir 900 Ekor Ular Termasuk Tedung Berbisa Terlepas Dari Ladang

11/07/2026
0

Oleh Mynewshub  BEIJING – Penduduk sebuah kampung di selatan China berdepan ancaman baharu selepas dianggarkan sehingga 900 ekor ular terlepas...

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

PRN Johor: Maszlee Janji Masalah Banjir, Jalan Berlubang Selesai

06/07/2026
0

JOHOR BAHRU – Calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Dr Maszlee Malik sekali lagi menabur janji kepada pengundi dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd