• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RTC Kelantan Catat Nilai Jualan RM265 Juta Sehingga Nov

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Kelantan di Tunjong di sini, mencatat nilai jualan sebanyak RM265 juta tahun ini sehingga November lepas.

Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Wilayah Timur 1 Mohd Ariffin Awang berkata nilai jualan itu termasuk sumbangan oleh 623 peniaga runcit dan borong melibatkan sayur-sayuran, buah-buahan, ikan dan daging.

Penganjuran 140 program seperti Karnival RTC Kelantan, Pesta Orkid dan Flora Kelantan 2014, dan Minggu Saham Amanah Malaysia 2014, turut menyumbang kepada nilai jualan tersebut, katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.

Mohd Ariffin menjangka RTC itu boleh mencapai nilai jualan sehingga RM280 juta pada akhir tahun ini berbanding RM215 juta tahun lepas, berikutan pengunjung yang sentiasa ramai.

Beliau berkata seramai 3.8 juta orang telah berkunjung ke RTC itu tahun ini sehingga bulan lepas berbanding 2.5 juta orang sepanjang tahun lalu.

“Ini menunjukkan masyarakat tempatan dan luar negeri ini memberi sambutan yang baik terhadap kewujudan RTC ini dan mereka suka membeli-belah di sini kerana harga yang ditawarkan berpatutan,” katanya.

Beliau berkata pada tahun depan, beberapa lagi kemudahan asas akan dibina termasuk medan selera.

Beliau berkata pada tahun depan, sebanyak 150 program dirancang dianjurkan oleh pelbagai agensi dan jabatan termasuk enam acara oleh Fama.

Di RTC ini juga orang ramai boleh mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan oleh beberapa jabatan dan agensi kerajaan seperti Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan. – BERNAMA

Tags: RTC
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

50 Penduduk Himpun Bantah Penutupan RTC Rembau

17/08/2018
0

REMBAU - Sekumpulan 50 penduduk berhimpun di hadapan Masjid Jamek An-Nur di sini bagi menyatakan bantahan terhadap penutupan Pusat Transformasi...

Lima RTC Dikekalkan, Enam Dipulangkan – Rina

30/07/2018
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) mengesahkan lima Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) akan dikekalkan di bawah Kementerian,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd