• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kedah Tukar Sistem Paip Air Lama Atasi Masalah Air

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kerajaan Kedah akan menukar sistem paip air yang sudah lama dan uzur secara berperingkat bagi mengatasi masalah kebocoran yang menyebabkan bekalan air tidak sampai kepada pengguna.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata saluran paip air yang lama dan uzur berpontensi untuk mengalami kebocoran akibat tidak dapat menahan tekanan tinggi air.

Ini menyebabkan air tidak sampai kepada pengguna, kata beliau.

“Pertukaran sistem perpaipan itu akan dijalankan secara serentak dengan projek menaik taraf loji-loji rawatan air, ” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Lima projek tersebut membabitkan Loji Rawatan Air Pelubang, Bukit Selambau (Merbok), Sungai Limau (Baling), Lubuk Buntar Lama dan Loji Rawatan Air Jenun Baru (Yan dan Pendang).

Terdahulu, Ahmad Bashah menyampaikan sumbangan zakat dari pihak Management & Science University (MSU) kepada 1,500 penerima dari Parlimen Alor Setar di Dewan Seri Mentaloon.

Ditanya mengenai tindakan sesetengah pihak pembangkang yang cuba mengambil kesempatan berhubung isu air ini, beliau berkata pihak pembangkang akan sentiasa mencari isu sedangkan kerajaan negeri sudah mempunyai jalan penyelesaian.

“Kerajaan negeri bersama-sama Syarikat Air Darulaman (SADA) Sdn Bhd telah mencari jalan penyelesaian membuat persediaan terbaik berhubung isu air ini.

“Kita turut membekalkan lebih 2,000 tong air berkapasti 900 liter kepada penduduk yang terjejas akibat tekanan air rendah menjelang Aidilfitri ini bagi memastikan bekalan air sentiasa ada,” katanya.

Ahmad Bashah berkata pegawai-pegawai SADA juga telah ditempatkan di kawasan kritikal yang mengalami gangguan air selain turut membuka pusat aduan 24 jam bagi membolehkan pengguna membuat aduan dan tindakan oleh pihak SADA secara segera. – BERNAMA

Tags: batang PaipKedah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

‘Menolak DAP Bukan Bermakna Menolak Kaum Cina’

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Menolak DAP tidak bermakna menolak kaum Cina kerana politik dan kaum merupakan dua perkara berbeza. Exco Pengajian...

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

Selangor, Pulau Pinang Membangun Kerana Pentadbiran Negeri Melibatkan DAP – Teh Swee Leong

09/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Seorang pemimpin DAP mendakwa negeri yang mempunyai penglibatan parti itu dalam pentadbiran kerajaannya menunjukkan pembangunan ekonomi yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd