• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KEDA Baik Pulih 44 Rumah PPRT Menjelang Aidilfitri

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PADANG TERAP – Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) akan membaik pulih 44 buah rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di daerah ini sebelum sambutan Aidilfitri, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga Kedah Datuk Badrol Hisham Hashim.

Beliau berkata program itu melibatkan kos RM579,000 dengan setiap rumah diperuntukkan RM13,000.

“Selain itu, sebanyak RM504,000 diperuntukkan untuk membina sembilan rumah baharu selepas raya ini dengan kos RM56,000 untuk setiap rumah,” katanya kepada pemberita selepas Program Gotong-Royong Baik Pulih Rumah anjuran KEDA dan Pejabat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Nerang, di sini hari ini.

Badrol Hisham berkata Kedah menerima RM11.54 juta untuk projek PPRT itu dengan RM5.04 juta bagi pembinaan 90 unit rumah baharu dan RM6.5 juta untuk membaik pulih 500 unit rumah yang disalurkan oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

“Pemilihan penerima ini dilakukan menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penghulu, mereka akan buat carian individu yang layak dan kemudiannya diserahkan kepada KEDA untuk bancian,” katanya.

Badrol Hisham berkata kumpulan yang disasarkan ialah orang miskin, ibu tunggal dan warga emas.

Hari ini, mereka bergotong-royong membaik pulih rumah Siti Hajar Kahar, 78, di Kampung Pong di sini.

Warga emas itu meluahkan kegembiraan kerana rumah yang didiaminya sejak 30 tahun lalu dibaik pulih.

“Raya tahun ini seronoklah sikit sebab rumah dah elok sikit. Bilik air pun mereka ubah ke dalam berbanding dulu yang berada di luar. Mudah dan selamat sikit sebab saya tinggal seorang diri,” katanya. – BERNAMA

Tags: PPRT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bina Baru PPRT RM56,000

03/04/2022
0

Lipis : Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) bersedia untuk mengkaji semula kos bina baru dan baik pulih Projek Perumahan Rakyat...

Ewon Mahu Aduan Peserta Mesej, Kampung Sejahtera, Ladang PPRT Ditangani

08/10/2018
0

KOTA KINABALU - Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah Datuk Ewon Benedick mahu setiap aduan peserta program Mini Estet Sejahtera...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd