• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Tutup 134 Lorong Tambah Nilai Mulai 22 Jun

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menurut PLUS dalam kenyataan hari ini, langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

“PLUS menjangkakan aliran trafik bagi penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.

“PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi,” kata kenyataan itu.

Orang ramai boleh menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih. – BERNAMA

Tags: PLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd