Friday, October 4, 2024

Creating liberating content

Aliran Keluar Dana Asing...

KUALA LUMPUR - Aliran keluar dana asing dari Bursa Malaysia dilihat berterusan apabila...

Australia, Vietnam Kerjasama Hadapi...

AUSTRALIA dan Vietnam meningkatkan kerjasama apabila menandatangani perjanjian kerjasama strategik di Canberra semalam,...

Polis Belanda Latih Burung...

POLIS di Belanda kini sedang giat melatih burung helang bagi menghalang penggunaan dron/alat...

Mahkamah Rayuan Tangguh Bicara...

PUTRAJAYA - Perbicaraan kes hasutan Anggota Parlimen Padang Serai, N. Surendran tidak akan...

PLUS Tutup 134 Lorong Tambah Nilai Mulai 22 Jun

KUALA LUMPUR – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup kesemua 134 lorong tambah nilai di plaza tol lebuh raya berkenaan mulai 22 Jun hingga 2 Julai ini bagi melancarkan pergerakan trafik pada cuti Hari Raya Aidilfitri.

Menurut PLUS dalam kenyataan hari ini, langkah itu bertujuan mengurangkan kesesakan yang berpunca daripada pengguna lebuh raya yang beratur di lorong tambah nilai.

“PLUS menjangkakan aliran trafik bagi penggunaan Lebuhraya Utara-Selatan sempena cuti Hari Raya Aidilfitri akan datang meningkat kepada 21 peratus berbanding hari biasa.

“PLUS mengingatkan orang ramai agar memastikan kad PLUSMiles atau Touch ‘n Go mereka mempunyai baki yang mencukupi,” kata kenyataan itu.


Orang ramai boleh menambah nilai kad masing-masing di kira-kira 9,200 lokasi tambah nilai lain di seluruh negara termasuk di mesin pengeluaran wang automatik (ATM), kedai serbaneka 24 jam dan stesen minyak, termasuk yang beroperasi di kawasan rehat dan rawat (R&R) di sepanjang lebuh raya.

Selain itu, pusat khidmat pelanggan PLUS akan dibuka setiap hari mulai 7 pagi hingga 10 malam termasuk Sabtu, Ahad dan hari cuti umum bagi membolehkan orang ramai membuat urusan tambah nilai di plaza tol terpilih. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PLUS

Kategori