• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah 6 Sekeluarga Selamat Dikebumikan

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BACHOK – Jenazah enam sekeluarga yang maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 25 Jalan Bahau-Keratong, Jempol, Negeri Sembilan, Ahad lepas, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Seberang Jelawat di sini, pada jam 3.30 pagi ini.

Enam beranak tersebut ialah Wan Mohd Fauzi Wan Ibrahim, 51; dan isteri Mas Noraida M Yusoff, 45, empat anak mereka iaitu Wan Muhamad Muhaimin, 22; Wan Nor Atirah, 18; Wan Muhamad Amar Haziq, 13; dan Wan Nor Alisha, 7.

Dalam kejadian jam 2.20 petang Ahad lepas di Jempol, lapan maut, dengan enam daripada keluarga berkenaan rentung, manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan dan sebuah treler.

Enam jenazah tersebut, yang dibawa menggunakan empat buah kenderaan jenazah dari Hospital Jempol, tiba di Masjid Naim, Jelawat di sini kira-kira jam 1 pagi.

Kesemua jenazah kemudiannya disembahyangkan di masjid berkenaan oleh kira-kira 200 orang jemaah termasuk anggota keluarga dan penduduk.

Kesemua jenazah kemudiannya dibawa dengan kenderaan jenazah ke tanah perkuburan yang terletak hampir satu kilometer dari masjid itu untuk disemadikan dalam satu liang lahad.

Sementara itu, waris terdekat keluarga berkenaan iaitu satu-satunya anak arwah, Wan Muhamad Hazim,19, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu menguruskan jenazah keluarganya itu. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd