• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jenazah Suami Isteri Pandu Myvi Dituntut Keluarga

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Jenazah pasangan suami isteri Osman Mohamed Taip, 31, dan Rosniza Othman, 32, yang terlibat dalam nahas yang meragut lapan nyawa di KM25 Jalan Bahau-Keratong, telah dituntut anggota keluarga masing-masing hari ini.

Osman akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar, Bangi, Selangor manakala isterinya disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Endau Rompin.

Kedua-dua jenazah telah pun selesai menjalani proses bedah siasat di Hospital Jempol.

Bagaimana pun menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Supt. Noorzainy Mohd Noor, anak tunggal kedua-dua pasangan Muhammad Alifthaqif Osman, 3, kini masih mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Pilah.

Dalam kejadian 2.20 petang semalam, lapan maut dengan enam daripadanya rentung manakala seorang cedera dalam kemalangan membabit dua kereta, sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan sebuah treler di sini.

Mereka yang maut ialah enam sekeluarga yang menaiki kenderaan Proton Exora iaitu pemandu kenderaan berkenaan Wan Mohd Fauzi Wan Mohd Ibrahim, 52, dan isteri Masnoraida M Yussof, 44.

Turut terkorban empat anak mereka iaitu W Muhammad Muhaimmin, 21, Wan Athira, 18, Wan Mohd Ammar Haziq, 13, dan Wan Nur Aiesya, 7. Kesemua pemandu dan penumpang Proton Exora rentung dalam kejadian itu. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

Misteri Lelaki Maut Di Lorong Kecemasan, Polis Cari Rakaman Dashcam

26/06/2026
0

OLEH MYNEWSHUB  ALOR GAJAH – Polis sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan seorang lelaki yang ditemukan meninggal dunia di Kilometer 198.5...

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

Keluar Awal Pagi, Ditemui Tidak Bernyawa Selepas Hampir 18 Jam Dalam Longkang

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub  SHAH ALAM – Misteri kehilangan seorang lelaki yang tidak pulang ke rumah selepas keluar bekerja akhirnya terungkai dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd