• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pastikan Kerusi DUN Nenggiri Kekal Bersama BN

oleh Ahmad Albab
13/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan memastikan Barisan Nasional (BN) kembali memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Beliau berkata fokus itu diberikan berikutan penyandang kerusi itu, Datuk Mat Yusoff Abdul Ghani dari BN tidak layak menjadi Anggota DUN tersebut kerana muflis sebagaimana yang diisytiharkan oleh Speaker DUN Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub pada 1 Jun lepas.

Katanya, BN menerima keputusan itu atas sebab penyandangnya disahkan muflis, katanya kepada pemberita selepas program bersama rakyat di Bukit Chekati, di sini, malam tadi.

Tengku Razaleigh, yang juga Anggota Parlimen Gua Musang, berkata perkara yang berlaku itu tidak boleh dianggap mencemarkan nama baik parti kerana kehilangan kerusi itu berikutan masalah individu terbabit.

“Bukan tindakan politik yang dilakukan kita, sebaliknya ia kerana masalah wakil rakyat berkenaan menyebabkan kita hilang kerusi di bawah undang-undang (Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan) dan kelayakannya hilang,” katanya.

DUN Kelantan menerima surat pemakluman daripada Jabatan Insolvensi Malaysia cawangan Selangor pada 28 Mei lepas yang memaklumkan Mat Yusoff telah muflis.

Mat Yusoff, 55, mula menguasai kerusi DUN Nenggiri selama tempoh tiga penggal iaitu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 2004. – BERNAMA

Tags: BNTengku Razaleigh Hamzah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kerana...

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

PH Kesal Pengkhianatan ADUN UMNO-BN Negeri Sembilan – Fahmi

28/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) melahirkan rasa kesal atas tindakan 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO-Barisan Nasional (BN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd