• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harimau Malaya Mampu Tundukkan Thailand, Kata Sudarsona

oleh Ahmad Albab
16/12/2014
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Pengurus pasukan Harimau Malaya Datuk Sudarsono Osman mahu pemain belajar daripada kesilapan yang menyebabkan kekalahan mereka kepada Thailand dalam perlawanan kumpulan Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura.

Beliau berkata pasukan Harimau Malaya mendahului Thailand dua kali sehingga tempoh 10 minit terakhir, apabila mereka kecundang dalam perlawanan itu.

“Jadi saya fikir daripada pengalaman itu, pemain kita harus lebih bijak apabila bertemu pasukan sama (Thailand) pada perlawanan akhir pertama Piala AFF Suzuki yang berlangsung di Bangkok pada Rabu.

“Tidak kira sama ada kita bermain di tempat sendiri atau di luar, dan mungkin lebih banyak tekanan bermain di tempat sendiri,” katanya di sini malam tadi dan menambah pasukan negara bernasib baik kerana semua pemain bebas daripada kecederaan serius atau penggantungan perlawanan.

Beliau juga bersetuju pemain veteran seperti Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan skuad kebangsaan membenam Vietnam 4-2 pada aksi timbal balik di Hanoi pada Khamis lalu selepas tewas 1-2 di Stadium Shah Alam, 7 Dis lepas.

Malaysia layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan Vietnam dengan agregat 5-4.

“Saya fikir pengalaman dan kepimpinan Shukor dan Indra Putra telah membuka laluan untuk menembusi kubu lawan yang mana sukar diperoleh pada pusingan pertama separuh akhir menentang Vietnam,” kata Sudarsono yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Membandingkan Thailand dan Vietnam, Sudarsono berkata berdasarkan pemerhatian, Thailand adalah pasukan yang kuat di rantau ini tetapi dalam perlawanan bola sepak, banyak kejutan boleh berlaku.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak itu juga menggesa semua penyokong untuk mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi seperti yang dilakukan oleh penyokong Vietnam di negara itu.

“Peminat bola sepak di Vietnam adalah yang terbaik,” katanya.

Perlawanan akhir kedua antara Malaysia dan Thailand akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 20 Dis. – BERNAMA

Tags: Harimau MalayaPiala Suzuki AFF
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

RENCANA: Masalah Bola Sepak Malaysia Bukan Di Padang, Tapi Mentaliti

30/03/2026
0

DATUK Dr. Muhamad Akmal Saleh pun puji JDT. Itu realiti yang mungkin buat sesetengah pihak rasa kurang selesa. Bila Akmal...

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

Rob Friend Dilantik CEO Harimau Malaya

31/12/2024
0

Kuala Lumpur : Teka-teki siapa bakal menerajui Harimau Malaya akhirnya terungkai apabila Robert Douglas Friend atau lebih dikenali sebagai Rob...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd