• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Laporkan, Jika Ada Penjualan Mercun Di Media Sosial

oleh Ahmad Albab
12/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA BERANG – “Segera laporkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) jika ada individu yang menggunakan media sosial sebagai platform menjual bahan-bahan api terlarang termasuk mercun,” kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.

Beliau merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata aduan berkenaan juga boleh dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

“Kita menyediakan prasarana dan infrastruktur jalur lebar bagi memudahkan ilmu dan maklumat disalurkan kepada masyarakat tetapi ada beberapa pihak yang mengambil kesempatan untuk menjual dan mempamerkan bahan-bahan letupan seperti mercun dan sebagainya.

Nasihat saya kepada masyarakat di luar sana agar tidak membeli dan menjual kerana setahu saya penjual-penjual ini boleh didakwa memiliki bahan letupan tanpa tujuan yang sah di sisi undang-undang di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya,” katanya.

Peranan pengguna internet pula jika melihat individu atau pihak yang menyiar serta menjual mercun ini harus segera dilaporkan kepada pihak berkuasa, kata beliau ketika ditemui pemberita pada Majlis Berbuka Bersama Kepimpinan Masyarakat Parlimen Hulu Terengganu di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong, Datuk Rozi Mamat.

Terdahulu, 80 orang ibu tunggal diraikan dalam majlis berkenaan dengan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian.

Jailani juga merangkap Ketua Bahagian UMNO Hulu Terengganu menyeru kepada semua kepimpinan di Hulu Terengganu agar sentiasa bersatu padu dan berganding bahu merealisasikan agenda pembangunan rakyat terutamanya di daerah berkenaan.

“Saya juga berharap semua pihak memberikan penekanan serius untuk menyelesaikan setiap masalah yang disuarakan oleh rakyat. Kita harus memberikan perkhidmatan yang terbaik, cekap dan berkesan dalam merealisasikan pembangunan menyeluruh di Hulu Terengganu ini.

Saya yakin dengan barisan kepimpinan sekarang, kita mampu mengorak langkah lebih jauh dengan mengatur perancangan berstrategi dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang terpikul,” katanya. – BERNAMA

Tags: mercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

Polis Cari Individu Main Mercun Hingga Menyebabkan Kecederaan

09/04/2023
0

Kuala Lumpur : Polis sedang mengesan individu yang disyaki bermain mercun hingga menyebabkan dua mangsa cedera di Kampung Changkat, Gombak,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd