• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPT Akan Bantu Pulih Taman Ilmu Di Besut

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Kementerian Pendidikan Tingggi (KPT) bersedia membantu kerajaan negeri Terengganu memulihkan Taman Ilmu di Tembila, Besut agar dapat dimanfaatkan oleh warga Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Menteri berkenaan Datuk Seri Idris Jusoh berkata kementerian telah mengarahkan Ketiau Setiausahanya Tan Sri Dr Noorul Ainur Md Nur untuk meninjau taman itu baru-baru ini bagi melihat potensi dan aspek yang boleh diketengahkan.

Taman Ilmu yang telah dibangunkan di bawah Projek Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di kawasan seluas 280 hektar dengan kos kira-kira RM300 juta itu telah dibina mulai tahun 2004.

Bagaimanapun, projek tersebut terbengkalai setelah beberapa tahun dibina dan pada 2012 projek pembinaannya disambung semula dengan menyediakan kelengkapan asrama, kompleks pusat pelajar, dewan konvokesyen dan kompleks sukan serta mini stadium.

Beliau berkata pelbagai perancangan dibuat bagi membuka peluang kepada 1,300 pelajar UniSZA Kampus Tembila memanfaatkan beberapa fasiliti di situ ekoran kedudukan Taman Ilmu yang bersebelahan dengan universiti berkenaan.

“Oleh itu kita (KPT) nak tinjau sendiri status Taman Ilmu itu sekarang agar ianya boleh dimanfaatkan untuk UniSZA,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Idris turut memberitahu tiga buah universiti yang terdapat di Terengganu dan Kelantan iaitu UniSZA, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Malaysia Kelantan (UMK) akan dibantu bagi meningkatkan pencapaian bidang pengkhususan masing-masing.

Katanya, UniSZA dikhususkan dalam bidang agama dan ilmu, UMT dalam bidang oceanografi dan persekitaran manakala UMK bidang keusahawan mengikut kelompok universiti komprehensif.

“KPT menjangkakan ketiga-tiga universiti ini akan mampu mempertingkatkan bidang penyelidikan masing-masing dan akan tersenarai dalam ranking terbaik di masa depan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris JusohKPT
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

KPT Tiada Kaitan, Tidak Setuju Pengiktirafan UEC?

27/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tidak mempunyai kaitan dengan cadangan pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sebagai syarat kemasukan...

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

Mengapa Perlu Sebut Tahfiz? Pelajar Tahfiz Sudah Lama Boleh Masuk IPTA – Pemuda Pas

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemuda Pas mempersoalkan pengumuman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) berhubung peluang untuk lepasan tahfiz memasuki institusi pendidikan tinggi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd