• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

94,555 Peneroka Felda Dapat Duit Raya

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULAI – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan Insentif Raya sebanyak RM500 kepada setiap keluarga peneroka Felda bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata dividen Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) sebanyak RM280 juga akan diberikan kepada setiap peneroka Felda.

Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata pembayaran insentif itu melibatkan peruntukan sebanyak RM47.28 juta manakala peruntukan dividen berjumlah RM26.4 juta akan diserahkan kepada 94,555 peneroka.

“Bayaran insentif Hari Raya ini, saya mahu jelaskan, kita akan bayar kepada semua yang berurusan dengan Felda sahaja…yang tidak berurusan, hendak saman Felda, minta maaflah…tidak termasuk,” kata beliau ketika berucap pada majlis Sambutan Ihya’ Rahmat Ramadan Felda peringkat kebangsaan di Felda Sungai Sayong di sini, hari ini.

Perdana menteri turut mengumumkan pemberian sagu hati sebanyak RM400 kepada pengerusi masjid, RM500 (imam), RM300 (bilal) dan RM200 (siak) yang melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM674,400 manakala bagi surau utama pula, imam akan menerima sagu hati sebanyak RM500 dan bilal sebanyak RM300.

Najib berkata kerajaan juga akan memberikan insentif khas di antara 10 hingga 30 peratus daripada gaji pokok kepada 3,625 kakitangan Felda bulan ini, sebagai menghargai jasa mereka berkhidmat dengan agensi persekutuan itu.

Selain itu, insentif tambahan sebanyak 10 peratus daripada gaji pokok turut diberikan kepada petugas di barisan hadapan iaitu kakitangan rancangan.

“Jadi, bermakna dia dapat dua (bonus dan insentif),” kata beliau.

Perdana menteri juga mengumumkan empat rancangan Felda dalam Parlimen Tenggara iaitu Felda Bukit Ramon akan menerima peruntukan RM1.35 juta, Pasir Raja (RM700,00), Sungai Sayong (RM2.2 juta), Bukit Besar (RM2.2 juta) untuk pembinaan jalan sepanjang 13.7 kilometer.

Dalam pada itu, Najib menyatakan persetujuannya supaya jalan-jalan raya perkampungan Felda di Johor diselenggarakan mengikut Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Persetujuan itu dibuat atas permohonan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi membantu penyelenggaraan jalan-jalan raya bagi kawasan berkenaan berikutan penyerahan hak milik tanah-tanah berkenaan kepada peneroka-peneroka Felda.

Terdahulu, dalam ucapannya, Mohamed Khaled berkata pada masa ini, tidak ada perbezaan di antara perkampungan Felda yang telah mendapat hak milik dan perkampungan-perkampungan lain di Johor.

“Maka, adalah wajar jalan-jalan di kampung-kampung Felda yang berhak milik ini diiktiraf statusnya sama seperti kampung-kampung lain yang diselenggara di bawah MARRIS,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abd Samad; Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Halimah Sadique dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakPeneroka FELDA
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

‘Najib Tetap Ingat Rakyat, Sampaikan Salam Kasih Kepada Semua’ – Sempat Kongsi Pendapat Hal Harga Minyak

11/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin berkongsi detik menyentuh hati...

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

Nazif Banding Cara Najib, Anwar Urus Krisis Minyak

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd. Nazifuddin meluahkan rasa kesal terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd