• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencipta Hawaiian Pizza Meninggal Dunia

oleh Ahmad Albab
11/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

OTTAWA – Imigran Greek yang mencipta Hawaiian Pizza, salah satu piza yang popular di dunia di sebuah restorannya di Kanada lebih 50 tahun lalu telah meninggal dunia.

Sam Panopoulos menghembuskan nafas terakhirnya dalam usia 83 tahun dan baru sahaja meraikan ulang tahun perkahwinan bersama isterinya, Christina.

Mendiang meninggal dunia di sebuah hospital pada Khamis.

Panopoulos yang membuka beberapa restoran bersama adiknya, Elias dan Nikitas mencipta beberapa kejayaan menerusi hidangan Hawaiian Pizza itu.

Keenakan piza yang dihasilkan mendiang sekadar untuk suka-suka itu tersebar dengan cepat di seluruh dunia.

Pada Februari lalu, hidangan itu menjadi bahan kritikan Presiden Iceland, Guoni Johannesson. Beliau membantah penggunaan nanas di dalam piza tersebut.

Selepas dikecam ramai, Johannesson akhirnya menjelaskan beliau tiada kuasa untuk menguatkuasakan undang-undang yang melarang penggunaan nanas di dalam sesuatu piza.

Tampil mempertahankan piza ciptaannya itu, Panopoulos memberitahu stesen TV CBC bahawa “ketika saya pertama kali tampil dengan idea itu, ia hanyalah sekadar sekeping roti yang dimasak di dalam ketuhar.

“Tiada siapa menyukainya. Namun selepas itu, mereka menggilainya kerana tiada siapa yang mencampurkan rasa manis dan masam dalam hidangan mereka,” katanya. – mStar Online

Tags: meninggal duniananaspiza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

Kematian Dicemburi, Warga Emas Meninggal Dunia Ketika Dalam Sujud Di Surau

23/03/2026
0

Oleh Mynewshub SUNGAI PETANI – Seorang lelaki warga emas meninggal dunia dalam keadaan sujud ketika menunaikan solat sunat di Surau...

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

Chuck Norris Meninggal Dunia Pada Usia 86 Tahun

21/03/2026
0

HOLLYWOOD, 21 Mac 2026 – Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan berita pemergian legenda seni mempertahankan diri dan pelakon terkenal, Chuck...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd