• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Annuar Kesal Laporan Akhbar Sinar Harian

oleh AK-47
11/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa kesal dengan laporan akhbar Sinar Harian bertajuk “KAFA tawar selesai tunggakan gaji lama.”

Beliau yang kini penaja utama The Red Warriors (TRW) berkata, laporan tidak tepat itu menunjukkan akhbar berkenaan tidak faham mengenai kenyataannya berhubung diskaun 50 peratus semalam.

Jelas beliau, KAFA tidak berkemampuan membuat tawaran seperti itu bagi membayar tunggakan gaji dan pampasan penamatan awal kontrak pemain, sebaliknya tawaran itu dibuat oleh beberapa penaja TRW.

“Benda mudah pun masih ada yang tak faham. Tawaran lunas tunggakan bukan tawaran oleh KAFA. Ia tawaran pihak ketiga (penaja) tanpa prejudis untuk membantu KAFA secara menang-menang.

“Ini kerana berdasarkan aliran tunai KAFA tidak mungkin KAFA dapat membayarnya dalam masa terdekat,” katanya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Annuar semalam memaklumkan beberapa penaja TRW sepakat untuk membantu KAFA membayar gaji pemain Kelantan bagi bulan Jun ini lebih awal sempena Hari Raya Aidilfitri iaitu serentak dengan gaji bulan Mei.

Kata beliau, penaja terbabit juga sedang berusaha membantu KAFA melunaskan tunggakan gaji dan pampasan pada tahun 2015 dan 2016 kerana KAFA belum mempunyai wang mencukupi untuk berbuat demikian.

Menurut beliau, penaja TRW menawarkan pelan penyelesaian kepada pemain dan bekas pemain pasukan itu yang mengalami isu tunggakan gaji dan bayaran pampasan dengan KAFA.

“Kita (penaja) akan menjelaskan tuntutan mereka sekiranya mereka memberi KAFA diskaun 50 peratus. Kita akan bayar bagi pihak KAFA baki hutang mereka secara tunai dalam tempoh 30 hari mereka memberi persetujuan hitam putih,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: KAFASinar HarianTan Sri Annuar Musa.
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

MB Johor Ambil Pendirian Betul Hadir Majlis Kerajaan Persekutuan Atas Dasar Federalisma – Annuar Musa

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengambil pendirian yang betul dengan menghadiri majlis Kerajaan Persekutuan bersama...

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

PAS Teliti Semula Keputusan Bertanding Semua Kerusi PRN Johor, Utamakan Penyatuan Pengundi Melayu-Islam

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – PAS perlu meneliti semula cadangan awal Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd