• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 1,000 Belia Daftar Sebagai Pengundi Baharu

oleh AK-47
10/06/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Lebih 1,000 belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mendaftar sebagai pengundi baharu menerusi Program Pendidikan Pengundi ‘Generasi Penggerak Demokrasi’ yang dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sejak Februari lepas.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah berkata program berkenaan merupakan modul pendidikan pengundi yang memberi tumpuan kepada golongan muda untuk mengenali dan memahami sistem serta proses pilihan raya di Malaysia.

“Ia bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan generasi muda terhadap kepentingan mendaftar sebagai pemilih dan menyertai proses demokrasi bagi menentukan masa depan negara menerusi proses pilihan raya.

“Program ini dilaksanakan kerana penyertaan daripada golongan ini masih belum memuaskan dan satu usaha berterusan perlulah dibuat,” katanya pada sidang media selepas sesi dialog bersama pelajar Kolej Komuniti di sini, hari ini.

Beliau berkata SPR menyasarkan 134,176 penuntut daripada 180 IPT akan mengikuti program berkenaan dan menjangkakan lebih ramai belia mendaftar sebagai pemilih.

Menerusi program itu, SPR turut mengadakan simulasi bagi memberi pendedahan kepada belia tentang proses pilihan raya serta memberi penjelasan berhubung isu-isu semasa dan perkara berbangkit.

Mohd Hashim berkata daripada 14.3 juta jumlah keseluruhan warganegara yang mendaftar sebagai pengundi sehingga suku keempat tahun lepas, seramai 2.4 juta orang adalah dalam lingkungan usia 21 hingga 29 tahun atau 16.9 peratus manakala pemilih berusia di antara 30 hingga 39 tahun adalah kira-kira 3.4 juta orang atau 23.54 peratus.

Menurutnya terdapat 3.8 juta orang yang layak mendaftar sebagai pemilih namun masih belum berbuat demikian dengan majoritinya adalah golongan belia. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohd. Hashim AbdullahSPR
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

Pelaksanaan Proses PRN Sabah Telus, Berintegriti – SPR

01/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan keseluruhan proses Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 berlangsung secara berintegriti dan telus....

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

Lebih 42,000 Warganegara Berdaftar Secara Automatik Sebagai Pemilih Bagi Julai – SPR

20/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Seramai 42,464 nama warganegara berusia 18 tahun ke atas didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu, dari 1 hingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd