• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Futsal Sahur 2017 Tarik Penyertaan 700 Peserta

oleh AK-47
09/06/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Pertandingan Cabaran Futsal Sahur 2017 anjuran Pemuda UMNO Dewan Undangan Negeri (DUN) Seberang Takir kembali lagi Ramadan ini sebagai pengisian kepada golongan muda yang gemarkan gaya hidup aktif terutama selepas mengerjakan solat sunat Tarawih.

Pegawai Penyelaras Pemuda UMNO Dun Seberang Takir Nik Mohd Farizal Nik Jaafar berkata uniknya pada tahun ini pertandingan bagi mencari juara aktiviti itu mendapat sambutan luar jangkaan daripada peserta sehingga terpaksa dilaksanakan dua hari berturut-turut.

“Jika tahun-tahun sebelum ini kita hanya menetapkan dua pasukan dihantar daripada 24 cawangan UMNO dalam Dun Seberang Takir, memandangkan sambutan yang sangat menggalakkan, kita tambah kepada empat atau lima pasukan untuk setiap cawangan.

“Jadi dianggarkan untuk pertandingan yang berjalan selama dua hari ini (semalam dan hari ini), kira-kira 66 pasukan dan 700 peserta akan berentap bagi merebut gelaran juara Futsal Sahur tahun ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan pertandingan itu di gelanggang futsal ASC Sports Planet, Gong Badak, awal pagi tadi.

Nik Mohd Farizal berkata, johan bagi acara itu bakal membawa pulang wang tunai RM1,000, naib johan RM700, tempat ketiga RM500 dan tempat keempat RM400.

Beliau berkata selain acara futsal, bagi merancakkan lagi penyertaan golongan muda dalam Dun Seberang Takir, pelbagai aktiviti lain turut diadakan pada Ramadan ini seperti pertandingan badminton, gunting rambut percuma dan ‘moreh’ bersama Menteri Besar.

“Bagi acara badminton kita belum tetapkan tarikh, manakala acara gunting rambut dan moreh, berkemungkinan akan diadakan seminggu sebelum umat Islam menyambut perayaan Aidilfitri,” katanya.

Sementara itu Ahmad Razif yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir berkata, Futsal Sahur akan diteruskan pada Ramadan akan datang berikutan kejayaan program itu menarik ramai anak muda melibatkan diri dalam perkara yang berfaedah sempena bulan yang mulia ini.

“Ia merupakan transformasi orang muda yang patut dipuji bagi memastikan pengisian malam-malam bulan Ramadan ini diisi dengan perkara yang berfaedah dan membendung kegiatan negatif seperti gejala ‘mat rempit’ atau lumba haram di negeri ini.

“Di peringkat kerajaan negeri kita sentiasa menyokong acara seperti ini dan bersedia membantu penganjur untuk melaksanakan apa-apa program kesukanan sama ada futsal, badminton atau sepak takraw,” katanya. – BERNAMA

Tags: UMNO
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

Kerjasama PH BN Beri Nyawa Kepada UMNO Kekal Relevan – DAPSY

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kerjasama dan rundingan kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN)...

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

PH Dah ‘Meroyan’, Tiba Masa UMNO Keluar Kerajaan Perpaduan – Akmal Saleh

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Sudah sampai masanya untuk UMNO keluar Kerajaan Perpaduan, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd