• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

17 Juta Syiah Sambut Arbain Di Karbala, Orang M’sia Pun Ada?!

oleh AK-47
17/12/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Tiga hari lalu, jutaan penganut Syiah telah berkumpul di bandar Karbala di Iraq bagi meraikan sambutan penting dalam kalendar mereka iaitu peringatan Hari Arbain.

Peringatan Hari Arbain adalah peringatan tentang 40 hari pasca syahidnya cucu Rasulullah, Saidina Husain As di Karbala beserta para sahabat-sahabatnya pada tahun 61H atau lebih popular dengan istilah, Arbain Husaini.

Menurut kerajaan Iraq, perayaan tahun ini mencatat kedatangan kira-kira 17 juta penganut Syiah di Karbala dengan sejuta daripadanya adalah rakyat Iran. Mereka berada di Karbala selama tiga hari biarpun ada ancaman berlaku serangan.

Susulan itu Iraq terpaksa menyediakan kawalan keselamatan yang ketat bagi memastikan tidak berlaku serangan daripada puak militan Negara Islam (IS) yang pro Sunnah.

Para penganut Syiah turut membawa bersama mereka bendera dari pelbagai negara menandakan kebanjiran penganut fahaman itu yang semakin ramai di seluruh dunia.

MENARIK – Tiada Tempat Bagi Syiah Di Negara Ini

Beberapa bendera Jalur Gemilang kelihatan di celah-celah jutaan manusia di Karbala, Iraq ketika penganut Syiah menyambut perayaan Arabaeen tiga hari lalu. Siapa mereka?.
Beberapa bendera Jalur Gemilang kelihatan di celah-celah jutaan manusia di Karbala, Iraq ketika penganut Syiah menyambut perayaan Arabaeen tiga hari lalu. Siapa mereka?.

Di antara bendera itu, ada juga bendera Malaysia kelihatan berkibar di Karbala namun tidak diketahui siapa yang berada di sana.

Tak dinafikan, fahaman Syiah memang sudah agak lama bertapak di Malaysia namun tak sangka pula ada yang sampai sanggup menempuh perjalanan jauh dan berbahaya ke Iraq bagi menghadiri sambutan Arbain.

Selaku negara yang berpegang kepada ajaran ahli Sunnah-Wal Jamaah dan menjadikan Imam Shafie sebagai pegangan mazhab, Syiah tidak diakui sebagai ajaran yang menepati agama Islam sebenar sebagai mana dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Penganut Syiah meratap di makam Siadina Hussain sebagai memperingati kematian cucunda baginda Nabi Muhammad S.A.W itu yang terkorban dalam peperangan di situ.
Penganut Syiah meratap di makam Siadina Hussain sebagai memperingati kematian cucunda baginda Nabi Muhammad S.A.W itu yang terkorban dalam peperangan di situ.

Menurut gabenor Karbala Akeel al-Turaihi, pihaknya berpuas hati perayaan Arbain untuk tahun ini berakhir tanpa sebarang insiden melibatkan kemalangan nyawa.

“Kami yakin kesudahan perayaan kali ini adalah satu babak kejayaan yang dicapai oleh para pasukan bersenjata dan sukarelawan kami yang menentang IS,” katanya. 

Fakta Sambutan Perayaan Arbain

  • Perayaan penganut fahaman Syiah terbesar di dunia
  • Perayaan berlangsung selama 40 hari dengan pelbagai sambutan yang diakhiri oleh kemuncak di Karbala
  • Sebelum ini, rombongan penganut Syiah dihalang oleh bekas Presiden Iraq, Allahyarham Saddam Hussein yang menentang penganut fahaman itu.
  • Selepas Saddam digulingkan pada 2003, Arbain kembali disambut jutaan penganut Syiah seluruh dunia termasuk dari Iran dan India.
  • Peningkatan mendadak jumlah penganut yang datang pada tahun ini, disebabkan urusan visa yang lebih mudah disediakan untuk mereka yang datang dari Iran.
  • Ada beberapa jalan raya baru dibuka bagi menampung kehadiran penganut tahun ini, menurut pihak berkuasa Iraq kepada AFP.

– MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Video Perayaan Arbaeen 2013

http://youtu.be/tjV_v0RDgxw

Tags: IraqSyiah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

Konflik Iran-Israel Tiada Kaitan Kebangkitan Syiah – Mat Sabu

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan bahawa konflik antara Iran dan...

‘Malaysia Tak Gentar Ancaman Bom’ – Zahid Hamidi

Konflik Palestin-Israel: Iran Desak Zionis Henti Serangan Sebelum Terlambat

15/10/2023
0

TEHERAN – Iran semalam mengeluarkan amaran baharu kepada Israel yang mendesak agar Rejim Zionis menghentikan serangan ke atas Gaza sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd