• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Idris Jala Hadir Untuk Kumpul Maklumat FGV

oleh AK-47
09/06/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala berkata beliau dalam proses mengumpulkan maklumat sebelum mengambil tindakan lanjut ke arah menyelesaikan kemelut Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

“Masih lagi mengumpul semua maklumat. Setakat ini kami tidak menubuhkan sebarang jawatankuasa,” katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita di lobi utama Menara Felda di sini hari ini.

Kerajaan semalam melantik Idris sebagai pihak berkecuali untuk mengumpul fakta kes dan membuat cadangan penyelesaian susulan keputusan FGV mengarahkan empat individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Zakaria Arshad untuk bercuti.

Idris dilihat tiba di Menara Felda yang menempatkan ibu pejabat FGV pada 2.33 petang dan beredar pada kira-kira 3.40 petang.

Sekumpulan pegawai dan anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilihat memasuki Menara Felda pada kira-kira 10 pagi dan masih berada di lokasi itu setakat 5 petang ini.

Selain Zakaria, turut diarahkan bercuti pada Selasa ialah Ketua Pegawai Kewangan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar dan Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Abd Karim.

Semalam, Zakaria tampil di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya untuk memberikan keterangan berkaitan FGV kepada badan itu yang kini meneliti isu berkenaan.

FGV memaklumkan kepada Bursa Malaysia bahawa Zakaria akan bercuti sementara menunggu hasil siasatan pelbagai urus niaga yang dijalankan oleh anak syarikatnya, Delima Oil Products Sdn. Bhd.

Zakaria dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FGV pada 1 April tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Idris JalaFGV
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

Raja Muda Perlis Alu-Alukan Kerjasama FGV – MAIPS

02/07/2022
0

KUALA LUMPUR : Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menitahkan bahawa kerjasama Felda Global Ventures (FGV) bersama Majlis...

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

Serangan PH Terhadap FGV Dan FELDA : Apa Agenda Utama?

28/06/2022
0

Sejak beberapa hari ini, boleh dilihat PH berusaha untuk menjatuhkan kredibiliti FGV dan FELDA dengan pengumuman Mesyuarat Agung FGV untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd