• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Selesaikan Segera Kemelut FGV – Johari Ghani

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pergolakan yang melanda Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) perlu diselesaikan segera kerana ia dikhuatiri boleh menggugat kepercayaan pelabur dari dalam dan luar negara terhadap agensi perladangan bersepadu itu, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata perkara itu perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana Felda merupakan syarikat besar dalam aktiviti perladangan negara.

“FGV adalah syarikat yang disenaraikan di bursa dan mencakupi pelaburan pelbagai pihak. Sentimen pelbagai pelabur ini akan terhakis jika kemelut ini dibiarkan berlarutan tanpa penyelesaian menyeluruh dan sistematik, sekali gus menyebabkan saham FGV merudum saban hari,” katanya kepada pemberita pada Program Nur Ramadan 2017 Peringkat Titiwangsa di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas pergolakan dalaman FGV sehingga empat pegawai kanannya diarah bercuti berkuat kuasa serta-merta.

Semalam, Pengerusi FGV, Tan Sri Isa Samad mengeluarkan arahan bercuti itu kepada empat pegawai kanan berkenaan bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan untuk menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn. Bhd., sebuah anak syarikat FGV.

Mereka yang diarah bercuti adalah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Zakaria Arshad; Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd Talha; Pengurus Besar Kanan Delima Oil Products Sdn. Bhd., Kamarzaman Karim dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Trading, Ahmad Salman Omar.

Johari berkata apa jua keputusan yang dibuat perlulah memastikan tiada pihak yang teraniaya atau silap dalam membuat keputusan kerana ia boleh menjejaskan reputasi syarikat terbabit.

Terdahulu, beliau merasmikan program Nur Ramadan dan menyerahkan sumbangan kepada 500 golongan asnaf dari kawasan Titiwangsa. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Johari Abdul GhaniFGV
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ART Malaysia-AS Terbatal, Johari Sahkan Perjanjian Kini ‘Null And Void’

ART Malaysia-AS Terbatal, Johari Sahkan Perjanjian Kini ‘Null And Void’

15/03/2026
0

PETALING JAYA – Perjanjian perdagangan timbal balik antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang dimeterai tahun lalu kini disahkan terbatal...

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

Ahli Parlimen Berhak Bawa Apa-apa Usul – Johari Ghani

27/07/2025
0

SHAH ALAM: Semua Ahli Parlimen berhak mengemukakan sebarang usul di Dewan Rakyat dan tiada pihak boleh melarang, kata Naib Presiden...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd