• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Putera Harry Tiba Di Australia Menjelang Sukan Invictus

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SYDNEY – Walaupun dalam keadaan cuaca hujan dan berangin, ia tidak menghalang orang ramai bersesak-sesak untuk melihat dari dekat kelibat kerabat diraja British Putera Harry yang tiba di pusat pelancongan popular Circular Quay pada Rabu menjelang penganjuran temasya Sukan Invictus.

Putera diraja itu tiba di Australia pada Selasa untuk memulakan acara pengiraan detik pelancaran sukan berkenaan yang dijadual berlangsung Oktober tahun depan.

Sukan Invictus mengumpulkan atlet dalam kalangan anggota tentera dari seluruh dunia yang mengalami kecacatan akibat cedera semasa menjalankan tugas.

Pada majlis pelancaran di Admiralty House di Kirribilli, putera bongsu kepada pasangan Prince Charles dan Princess Diana itu turut berkongsi pengalaman sendiri mengenai peperangan dan bagaimana ia mendorongnya mengadakan acara sukan berkenaan.

“Pada Februari 2008, saya terpaksa meninggalkan Afghanistan dan saya pernah berkhidmat sebagai pegawai dalam tentera British sehinggalah pihak media mengetahui penglibatan saya.

“Menerusi sukan ia membawa perubahan dan akan membuatkan mereka bersemangat untuk membina semula kehidupan,” katanya.

Putera Harry kemudian menghadiri majlis di Cove Campbell yang turut dihadiri Perdana Menteri New South Wales, Gladys Berejiklian di samping menjalankan aktiviti belayar di Sydney Harbor. – BERNAMA

Tags: putera harry
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Putera Harry, Meghan Tayang Bayi Lelaki

09/05/2019
0

LONDON - Putera Harry dan isteri, Meghan memberi peluang kepada dunia hari ini untuk melihat bayi lelaki mereka yang baru...

Meghan Markle Lahirkan Bayi Lelaki

07/05/2019
0

ENGLAND – “It’s a Boy!” Itu reaksi keterujaan Putera Harry dalam Instagram beliau Princeharry_2018 selepas berkongsi berita kelahiran anak lelakinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd