• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, November 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Noor Rashid Dilantik Sebagai Timbalan Ketua Polis Negara

oleh AK-47
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

 TAHNIAH diucapkan kepada Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim yang baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa 1 Disember lepas.

Majlis Serah Terima Tugas yang diadakan di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kuala Lumpur hari ini, Dato’ Sri Noor Rashid Ibrahim berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya terhadap tanggungjawab yang digalas.

“Saya berjanji bahawa saya akan melaksanakan peranan, tugas dan kepercayaan kerajaan dan pasukan kepada saya ini dengan sebaik mungkin kerana saya menyedari bahawa tugas baru yang dipertanggungjawabkan kepada saya ini adalah merupakan satu jawatan yang amat berat dan memerlukan penumpuan serta komitmen yang sepenuhnya,” katanya.

10393551_894629640547344_1027252238007683984_n

10393743_894629680547340_4074791749216189482_n

Majlis serah terima tugas ini telah disaksikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Dato’ Sri Khalid Bin Abu Bakar.

Untuk makluman anda, sebelum dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim merupakan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, pelantikan Noor Rashid berdasarkan pengalaman yang luas dalam bidang kepolisan, kompetensi dan ciri-ciri kepimpinannya.

10299951_894660577210917_1936469614796801049_n

Lantikan beliau sekaligus menggantikan Tan Sri Mohd Bakri Mohd Zinin, yang bersara wajib pada 7 September lepas.

Disamping itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melancarkan penjenamaan semula Jabatan Logistik PDRM kepada Jabatan Sumber Strategik Dan Teknologi PDRM.

Penjenamaan ini bertepatan dengan peredaran zaman dan keperluan semasa yang melibatkan transformasi dalam struktur organisasi, cara bekerja dan penyampaian perkhidmatan.

Menerusi laporan Tranformasi ini melibatkan tiga fasa iaitu penstrukturan berdasarkan Waran Perjawatan K63.

Di mana fasa pertama ialah Jabatan Logistik menggabungkan Bahagian Komunikasi dan Teknologi Maklumat .

Manakala fasa kedua, melibatkan Bahagian Analisis Dan Pembangunan Teknologi dan fasa ketiga transformasi melibatkan penjenamaan semula nama jabatan dan pengukuhan organisasi Jabatan Logistik.– MYNEWSHUB.CC

VIDEO POLIS BAIK HATI DAN KACAK
https://www.youtube.com/watch?v=jiSHmu2cVcU

 

Oleh : FARAH

Tags: polis
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

Bekas Exco Kerajaan Negeri Sembilan Beri Keterangan Kepada Polis Bukit Aman

28/09/2026
0

SEREMBAN - Semua 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan memberi keterangan kepada pasukan polis Bukit Aman...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd