• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Jubah, Abaya Bukan Busana Raya Orang Melayu” – Erma

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

INGIN mengembalikan gaya tradisional orang Melayu, pengarah dan pelakon Erma Fatima memperkenalkan koleksi pakaian Mak Cun rekaan berdasarkan watak popularnya menerusi drama popular siaran TV3.

Menurutnya, gaya tradisi seperti kebaya bukan sahaja boleh dipakai pada musim perayaan, malah sesuai juga untuk kegunaan seharian.

“Koleksi Mak Cun ditampilkan dengan mengambil ilham daripada watak yang saya lakonkan dalam drama terbabit. Manakala sebuah lagi koleksi saya, Khalif, pula adalah rekaan yang diinspirasi daripada pakaian yang saya gemari.

“Saya jenis wanita yang suka bergaya pelik, tetapi tidak melupakan elemen batik untuk setiap koleksi dihasilkan. Jadi, saya suai padankan semuanya.

“Koleksi saya pun hanya menggunakan kain kapas dan tidak mahal. Ia pakaian harian yang sangat praktikal. Sejujurnya, dua koleksi saya hasilkan ini bertujuan untuk mengembalikan gaya tradisi ketika sambutan raya dan pemakaian harian,” katanya kepada BH Online.

Kata Erma juga, beliau tidak begitu percaya konsep beraya dengan jubah atau abaya.

“Jubah dan abaya bukan baju raya kita. Gaya sedemikian adalah lebih kepada orang Arab. Saya pula mahu kembalikan gaya Melayu yang masih bercirikan ketimuran,” katanya.

Menyentuh pembabitannya dalam dunia penghasilan pakaian, Erma berkata beliau bukanlah berhasrat menjadi pereka fesyen.

“Saya memang bukan nak jadi pereka fesyen, malah tidak berminat pun untuk menuju ke arah itu. Saya hanya mahu memartabatkan pakaian yang masih berteraskan Muslimah dan menutup aurat. Ia juga bersifat tradisional dengan gaya wanita Melayu dan klasik. Saya buat baju yang saya suka pakai dan atas dasar ‘seronok-seronok’ saja.

“Saya yang reka pakaian berkenaan dan meminta bantuan tukang jahit bagi menterjemahkannya ke dalam bentuk saya ingini. Pereka fesyen, Ashraf Zainal, terutamanya banyak membantu saya dalam hal ini,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Erma FatimaMak Cun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Aku Bela Ayam.. Bukan Ular, Erma Fatima Luah Rasa Bimbang

27/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Bukan satu perkara yang boleh dianggap lucu, penerbit dan sutradara terkenal, Erma Fatima, meluahkan rasa bimbang mengenai...

Nabila Huda, Amy Search Ditemukan Erma Fatima

21/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Perselisihan faham antara aktres, Nabila Huda dengan ibu tirinya, Norish dilihat seperti sudah pulih apabila dia berkunjung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd