• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tragedi Mercun: 2 Mangsa Pertama Di Terengganu

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETIAP kali di bulan Ramadan atau menjelang Aidilfitri, pasti ada sahaja kes kecederaan akibat mercun dilaporkan.

Paling mendukacitakan, kebanyakan mangsa akibat bermain mercun rata-ratanya mereka yang masih di bawah umur.

Kanak-kanak dan remaja yang ketika dilahirkan cukup sifat, tetapi akibat bahana mercun mereka mengalami kecacatan kekal yang akan ditanggung seumur hidup.

Terkini, mangsa pertama akibat bermain mercun pada Ramadan kali ini membabitkan seorang murid tahun tiga yang cedera parah di tangan kiri selepas bermain mercun bola di Kampung Wakaf Beruas di Kuala Terengganu.

Dalam kejadian pada Isnin kira-kira jam 5.30 petang itu, mangsa Muhammad Afiq Hamdi Rozi, 9 tahun cuba menggabungkan dua biji mercun bola untuk diletakkan di dalam lubang bagi menghasilkan bunyi yang kuat.

Namun, mercun tersebut tiba-tiba meletup, menyebabkan tangan kiri mangsa mengalami kecederaan parah.

Belum sampai 24 jam kejadian itu, seorang pelajar tingkatan satu menjadi mangsa kedua mercun di Terengganu selepas enam jari tangan kanan dan kirinya melecur apabila mercun bola yang dibakarnya tiba-tiba meletup sebelum sempat dilempar dalam kejadian di Kampung Rusila, Marang, semalam.

Dalam kejadian 11 pagi, mangsa, Ahmad Zaqwan Saidi, 13, bermain mercun bola bersama tiga rakannya sebelum ia tiba-tiba meletup sebaik sumbunya dibakar.

Perkara seperti ini pastinya akan membawa penyesalan yang tidak berkesudahan sama ada oleh mangsa dan ibu bapa atau penjaga, malah ahli keluarga yang terdekat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Mangsameletupmercun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

Mercun Gergasi 19KG Diimport Dari China Dijual Hingga RM5,000 Sekotak

25/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Menerusi satu hantaran di media sosial, seorang pengguna mendakwa mercun jenis “Dai Sheng Gui Lai...

Jenayah Telekomunikasi: RM715 Juta Kerugian, Usia 21-30 Tahun Paling Ramai Jadi Mangsa

Jenayah Telekomunikasi: RM715 Juta Kerugian, Usia 21-30 Tahun Paling Ramai Jadi Mangsa

21/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Individu berusia 21 hingga 30 tahun adalah kumpulan mangsa tertinggi jenayah telekomunikasi bagi tempoh Januari hingga November tahun...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd