• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jururawat Mogok Di Kenya, 6 Pesakit Maut

oleh Ahmad Albab
07/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAIROBI – Enam pesakit maut apabila perkhidmatan hospital kerajaan di beberapa negeri di Kenya tidak dapat beroperasi sepenuhnya selepas jururawat mengadakan mogok kerana kelewatan perjanjian berhubung kenaikan gaji, kata seorang pegawai kesatuan.

Mogok berkenaan juga menyebabkan ramai pesakit terpaksa dirujuk ke hospital lain sekaligus mengusarkan pihak kerajaan menjelang pilihan raya yang dijadual berlangsung pada 8 Ogos.

Menurut Ketua Pegawai Kesihatan Daerah Khadija Shikely, enam kematian itu dilaporkan di Hospital Pantai Daerah Mombasa iaitu tiga di Jabatan Kecemasan dan tiga lagi di wad.

Perjanjian mengenai kenaikan gaji ditandatangani pihak kesatuan, kerajaan pusat dan daerah bagaimanapun, suruhanjaya negara yang bertindak sebagai penasihat berkaitan gaji kakitangan sektor awam menolak perjanjian berkenaan.

Justeru Majlis Gabenor yang mewakili daerah bercadang mencabar penolakan itu.

“Jururawat berikrar meneruskan mogok sehingga kerajaan menandatangani perjanjian,” kata pemangku Setiausaha Agung Kesatuan Jururawat Kebangsaan Kenya Maurice Opetu kepada Reuters. Kesatuan dianggotai kira-kira 26,000 jururawat.

Sementara itu, pesakit di wad hospital Mombasa diletakkan tanpa pengawasan dan bahagian kecemasan menyaksikan pesakit terpaksa beratur panjang bagi mendapatkan rawatan.

Hospital Pantai Daerah Mombasa adalah pusat perubatan kerajaan terbesar di kawasan pantai Kenya.

“Buat masa ini, kami menumpukan kes kritikal sahaja. Pusat bersalin langsung tidak dapat beroperasi tanpa jururawat dan menasihatkan ibu hamil mendapatkan rawatan di pusat perubatan swasta,” kata seorang doktor di bahagian kecemasan. – BERNAMA

Tags: jururawatMogok
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jururawat Direman 7 Hari Susulan Kes Bayi Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

Jururawat Direman 7 Hari Susulan Kes Bayi Meninggal Dunia Di Pusat Jagaan Berpantang

11/09/2024
0

Kota Bharu : Jururawat yang dipercayai memberi susu kepada bayi lelaki berusia 30 hari sebelum mangsa didapati meninggal dunia di...

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

Pesara Jururawat Rugi RM1.9 Juta Diperdaya Skim Pelaburan Palsu

04/09/2024
0

ALOR SETAR: Seorang pesara jururawat berusia 76 tahun kerugian lebih RM1.9 juta selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan tidak wujud. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd