• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Davey Lambert Maut Ketika Perlumbaan Isle Of Man TT

oleh AK-47
08/06/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Davey Lambert meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika dalam perlumbaan Trofi Pelancong Isle Of Man TT 2017 dekat sini.

Lambert  yang berasal dari Gatehead, mengalami beberapa kecederaan parah selepas tercampak daripada jentera Kawasaki 1,000cc yang ditunggangnya di Greeba Castle, lapor stesen BBC.

Mendiang yang berusia 48 tahun itu terbabit dalam kemalangan tersebut pada pusingan ketiga dalam perlumbaan enam pusingan Mountain Course.

Lambert yang teruk selepas terpelanting kemudiannya diterbangkan ke Hospital Nobles sebelum dipindahkan pula ke Hospital Aintree di Liverpool.

Dia sebelum ini pernah menyertai perlumbaan Manx Grand Prix pada trek perlumbaan yang sama. Ia dianggap antara sukan bermotor paling berbahaya di England dan dunia.

Sebagai rekod, perlumbaan ekstrem yang dilangsungkan di atas jalan raya biasa di pulau ini telah meragut nyawa lebih 250 pelumba sejak diperkenalkan pada 1907.

Pihak penganjur perlumbaan ACU Events LTD dalam satu kenyataan turut menyampaikan ucapan simpati mereka kepada pasangan Lambert, Tracey, keluaga dan rakan-rakannya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=Jvjlmf9RG7A

Tags: Davey LambertIsle Of Man TTSukan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Skuad Projek Perkemas Aspek Pertahanan

23/11/2021
0

SKUAD projek khas lelaki negara akan memberikan tumpuan penuh terhadap aspek bertahan dalam situasi pukulan sudut penalti menjelang aksi pembukaan...

RM55 Juta Program Pembangunan Sukan

06/11/2020
0

KUALA LUMPUR - Bajet 2021 khususnya bagi sektor sukan di negara ini menyaksikan pengkhususan kepada sukan berprestasi tinggi apabila kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd