• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Video: Isteri Sebak Lihat Mayat Suami Maut Nahas

oleh AK-47
07/06/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMADAN kali ini adalah pengalaman paling memilukan buat seorang isteri apabila suaminya maut dalam kemalangan di Kilometer 20.2, Lebuhraya Shah Alam (KESAS), awal pagi Selasa.

Dalam kejadian pukul 7.15 pagi itu, Ahmad Nizam Nazahar, 34, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa yang beralamat di Taman Sentosa, Klang itu merupakan Polis Bantuan di Kolej Universiti Taylor di Shah Alam, Selangor.

Menurut laporan Berita Harian, motosikal jenis Yamaha LC135 yang ditungganginya terbabas sebelum merempuh penghadang besi di kiri jalan ketika mangsa dalam perjalan dari arah Bukit Tinggi ke Shah Alam.

Sementara itu, video kemalangan yang dimuat naik di laman Facebook Berita TV9 itu menjadi tular sehingga menerima perkongsian sebanyak 2,108 kali dan dikunjungi seramai 280,274 di laman sosial.

Dalam video berdurasi selama 54 saat itu, isteri mangsa telah bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kemalangan menimpa suaminya.

Wanita terbabit diperhatikan meratap kesedihan sambil ditenangkan oleh seorang pengguna jalan raya.

Turut kelihatan, seorang wanita lain yang dipercayai ibu mangsa, terpaksa dipapah kerana pengsan selepas melihat mayat anaknya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik Selangor, Superintendan Kamaluddin Mohamad berkata, siasatan mengenai kejadian masih giat dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar.

“Tiada kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan kawasan kemalangan dan belum ada saksi yang tampil membantu siasatan,”

“Polis masih siasat kejadian bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan dan mayat mangsa kini di Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk dibedah siasat,” katanya.

Difahamkan, mayat mangsa kemudian telah selamat dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam di Klang. – MYNEWSHUB.CC

Tags: kemalangan mautmeninggal duniaPolis Bantuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

Pelakon Jalil Hamid Meninggal Dunia Pada Usia 69 Tahun

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pelakon, penyanyi dan pelawak tanah air, Jalil Hamid, 69, meninggal dunia dalam tidur di rumahnya tengah hari...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd