• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kesan Individu Rakam Video Rasuah

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS mengesan seorang lagi individu yang bertanggungjawab merakam video seorang anggota trafik dipercayai menerima rasuah daripada seorang pemandu lelaki, yang menjadi tular minggu lalu.

Baca: Video Polis Trafik Kantoi Terima Rasuah Tular

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, pihak polis sudah mengenal pasti individu terbabit dan mengesannya untuk membantu siasatan dalam kes rasuah itu.

Sementara, anggota polis trafik yang terlibat pula diarah bertugas di dalam pejabat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh sehingga siasatan selesai.

“Kita hentikan pergerakan luar anggota polis hingga siasatan selesai dijalankan, dia akan bertugas di pejabat.

“Tatatertib tetap berjalan dan pada masa sama rasuah di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga dijalankan tetapi kita perlu siasat kedua-duanya yang merakam dan anggota polis yang menerima sebelum tindakan susulan diambil,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, sebuah rakaman berdurasi enam saat menjadi tular, memaparkan seorang anggota trafik bersalaman dengan pemandu dipercayai menerima wang suapan ketika bertugas.

Dalam video itu, turut kedengaran anggota tersebut berkata “Bolehlah, apa pulak tak boleh, u cakap boleh saya boleh lah,” sambil mempamerkan riak wajah tersenyum dan tangannya mengambil sejumlah wang daripada tangan pemandu itu.

Pemandu tersebut kemudiannya mengucapkan terima kasih sebelum video itu berakhir.

Perkongsian video tersebut mendapat kritikan netizen dan menyalahkan kedua-dua pihak termasuk individu yang merakam kejadian tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: anggota trafikpolis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

Wanita Menyamar Kakitangan Hospital Sultanah Aminah Minta Bayaran Masuk Wad RM30

22/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Pihak pengurusan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru (HSAJB) memaklumkan wanita yang menyamar sebagai staf hospital meminta bayaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd