• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Perak Buru Pemandu ‘Salam’ Rasuah

oleh Ahmad Albab
06/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Polis Perak sedang memburu seorang pemandu lelaki yang didakwa memberi suapan kepada seorang anggota trafik seperti yang tular di media sosial, minggu lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan berkata pihaknya memerlukan individu tersebut bagi membantu siasatan selain menjalankan siasatan secara terperinci.

Beliau berkata anggota trafik berkenaan daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh itu kini diberi tugas dalaman sementara menunggu hasil siasatan penuh oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kami memerlukan pemandu berkenaan supaya siasatan dapat diteruskan,” katanya demikian pada sidang media selepas majlis pemakaian pangkat Asisten Superintendan (ASP) dan Sarjan peringkat Ibu Pejabat Kontinjen Perak di sini hari ini.

Dalam video berdurasi tujuh saat itu, seorang anggota trafik dilihat bersalaman, dipercayai menerima suapan daripada seorang pemandu lelaki berbangsa Cina ketika menjalankan tugas.

Dalam pada itu, Hasnan berkata pembabitan kes rasuah dalam kalangan pegawai dan anggota polis di Perak masih terkawal dengan kurang daripada 10 anggota terbabit pada tahun ini.

“Setakat ini, tangkapan warga polis negeri Perak yang terlibat dalam kegiatan ini adalah seramai 15 orang dalam tempoh tiga tahun ini. Yang terakhir sekali, berlaku satu tangkapan lelaki berumur linkungan 30 hingga 40an di Selama, Perak, kira-kira dua minggu yang lepas,” katanya.

Sementara itu, dalam majlis tersebut, 25 pegawai menerima kenaikan pangkat ASP, 141 (Sarjan) dan dua pegawai dipakaikan pangkat Superintendan (Supt). – BERNAMA

Tags: Kes Rasuah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

Pegawai Kanan ATM Ditahan Kes Rasuah Kerja Perbekalan RM150,000

28/01/2026
0

MELAKA: Seorang pegawai kanan tentera ditahan reman selepas disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM150,000 berkait kerja perbekalan bahan mentah...

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

Lima Direman Kes Rasuah Pegawai Kanan TLDM

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Lima individu direman bagi membantu siasatan berhubung dakwaan rasuah membabitkan pelantikan syarikat kroni seorang pegawai kanan Tentera Laut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd