• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berpuasa Bukan Alasan Untuk Jadi Kurang Produktif

oleh Ahmad Albab
06/06/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Berpuasa di bulan Ramadan tidak boleh dijadikan alasan bagi orang Islam untuk menjadi kurang produktif, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana menteri berkata ini kerana setiap individu mempunyai tanggungjawab untuk dilaksanakan sama ada sebagai pelajar, pekerja, anak mahupun ibu atau bapa termasuk di bulan puasa.

Untuk itu, beliau menyarankan agar orang Islam menitikberatkan soal bersahur.

“Waktu kecil dahulu, saya sering diingatkan untuk tidak terlepas sahur kerana sahur dianggap sebagai sarapan, juadah yang penting untuk kesihatan.

“Bagi saya, sahur ini penting sebagai sumber tenaga agar kita kekal produktif sepanjang hari,” katanya dalam catatan bertajuk ‘Sahur dan Kelebihannya’ di blognya www.najibrazak.com.

Lebih penting lagi, kata Najib, umat Islam tidak harus ambil mudah amalan bersahur kerana ia merupakan amalan Nabi Muhammad SAW.

Perdana menteri seterusnya berkata walaupun jadual kerjanya padat, namun semasa Ramadan, setiap hari beliau dan keluarga akan bersahur bersama dan mengambil peluang untuk berceritakan perihal masing-masing.

“Alhamdulillah, hubungan kekeluargaan dapat dieratkan walau dalam masa yang singkat. Ini juga merupakan satu perkara yang sering dilakukan ketika ayahanda saya masih ada dahulu,” kata Najib yang merujuk kepada perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

Sheikh Umar Beri Peringatan, UMNO Johor Masih Sokong Najib Razak

18/06/2026
0

JOHOR BAHRU - Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali memberi peringatan kepada rakyat Johor bahawa UMNO Johor masih...

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

PRN Johor: Sheikh Umar Dikritik Bangkit Semula Isu 1MDB

16/06/2026
0

JOHOR BAHRU – Naib Pengerusi DAP Johor, Sheikh Umar Bagharib Ali menerima kritikan netizen selepas membangkitkan semula isu 1MDB menjelang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd