• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, September 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

India Cipta Rekod Lancar Roket Saiz Gergasi

oleh
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Setelah melakar sejarah melancarkan paling banyak satelit menerusi satu pelancar iaitu sebanyak 104 buah pada 14 Februari lalu, India sekali lagi mencipta rekod baharu angkasa.

Pertubuhan Kajian Angkasa India (ISRO) pada Isnin mendakwa telah berjaya melancarkan sebuah roket bersaiz gergasi iaitu seberat 640 tan dari tapak pelancaran pusat berhampiran Teluk Bengal di Sriharikota, Andhra Pradesh.

Menurut satu laman sesawang agensi angkasa negara itu, pelancaran roket yang dikenali sebagai Geosynchronous Satellite Launch Vehicle (GSLV) Mk III, atau ‘Fat Boy’ tersebut dianggap sebagai ‘hari bersejarah untuk India’.

Media tempatan melaporkan, menerusi projek roket saiz raksasa berkenaan, ia secara tidak langsung mengurangkan kebergantungan pihak ISRO terhadap agensi angkasa Eropah dalam melancarkan satelit bersaiz besar dan berat.

Sementara itu, stesen penyiaran antarabangsa BBC dalam laporannya turut membandingkan berat kasar roket GSLV tersebut adalah bersamaan dengan kira-kira 200 ekor gajah dewasa atau lima buah jet super jumbo Airbus.

Sebagai perbandingan, purata berat kasar setiap 17 misi roket program Apollo di bawah Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat antara 1961 hingga 1972 lalu adalah hampir 3,000 tan.

Bagaimanapun ia melibatkan berat muatan penuh bersama bahan bakar serta gabungan tiga buah roket berbeza bagi setiap pelancaran ke angkasa dengan roket induk yang membawa krew angkasawan hanya seberat 140 tan.

Manakala berat purata setiap roket dalam program angkasa Rusia lazimnya sekitar 2,750 tan dengan kapsul yang memuatkan kokpit angkasawan hanya kira-kira 23 tan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: AngkasaIndiaNASAroket
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

Video Dua Wanita Muslim Belajar Yoga Di India Tular, Salah Seorang Tampil Beri Penjelasan

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Salah seorang daripada dua wanita Melayu yang tular menerusi rakaman video mengikuti latihan Yoga di India tampil...

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

Bukan Melayu Tidak Perlu Bimbang Persefahaman BN-PN, Kata Jalaluddin

18/07/2026
0

JELEBU - Pengundi bukan Melayu khususnya masyarakat Cina dan India diseru agar tidak berasa khuatir atau ragu-ragu terhadap persefahaman politik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd