• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Akui Kesilapan, Kecuaian Kes Serah Mayat Mualaf

oleh AK-47
06/06/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan mengakui berlaku kesilapan dan kecuaian dalam kes penyerahan satu mayat di Hospital Kajang dua hari lalu, kata Menterinya, Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata kejadian serupa berlaku tiga bulan lalu di Hospital Pulau Pinang dan pihaknya telah menyemak semula Operasi Prosedur Standard (SOP) berhubung penyerahan mayat.

Katanya satu siasatan rapi sedang dijalankan dengan mengambil keterangan kakitangan dan pengawai perubatan di rumah mayat hospital itu (Hospital Kajang) dan ia dijangka siap secepat mungkin.

“Kita memang minta maaf sebab perkara itu sepatutnya tidak berlaku. Semua SOP sudah disemak semula. Tidak tahu bagaimana perkara itu berulang di (Hospital) Kajang.

“Kalau ada bukti kecuaian dan apa sebab ia berlaku, kita akan ambil tindakan tatatertib termasuk menggantung tugas,” katanya kepada media pada Majlis Ramah Mesra Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Yahya dengan Warga Kementerian Kesihatan di sini hari Ini.

Dr Subramaniam berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kes kesilapan bersabit penyerahan mayat seorang mualaf yang bernama Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya Lin Ah San @ Lim Ah San kepada sebuah badan kebajikan yang menyebabkan mayat itu disempurnakan mengikut agama Buddha.

Menurutnya, perkara itu dilihat sebagai isu sensitif kerana melibatkan isu agama dan tidak seperti kes di Pulau Pinang itu yang melibatkan dua agama.

“Kali ini berbeza kerana ia melibatkan emosi memandangkan isu jenazah dekat di hati khususnya saudara mara berkaitan. Saya amat sedih atas kejadian itu.,” katanya.

Ditanya bila laporan siasatan akan siap, Dr Subramaniam berkata siasatan itu yang diketuai oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Noor Hisham Abdullah dan ia dijangka dapat disiapkan segera kerana ia bukan merupakan kes siasatan yang panjang. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

MIC Ubah Cara Berpolitik, Kekal Relevan

24/05/2018
0

PUTRAJAYA - Presiden MIC, Datuk Seri Dr. S Subramaniam akan menjelajah ke seluruh negara bagi memberi penerangan kepada anggotanya untuk...

Filem Pendek Tun M Terdesak Raih Simpati Pengundi

30/04/2018
0

SEGAMAT - Filem pendek penuh emosi menampilkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama dua pelakon kanak-kanak, dilihat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd