• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tegas Staf Tak Patuh SOP Serah Mayat

oleh Ahmad Albab
05/06/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Tindakan tegas akan diambil terhadap kakitangan yang didapati tidak mematuhi garis panduan serta prosedur operasi standard (SOP) sehingga berlaku kesilapan dalam penyerahan mayat di Hospital Kajang dua hari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) sedang membuat siasatan mendalam berhubung kejadian itu selepas pihak hospital berkenaan mengesahkan kesilapan tersebut.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kesal dan memandang serius insiden ini. KKM berpendirian ianya tidak sewajarnya berlaku di mana-mana hospital,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, pihak hospital dan unit forensik sudah pun mempunyai garis panduan serta SOP Perubatan Forensik yang menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris.

Media hari ini melaporkan, akibat kesilapan penyerahan mayat seorang mualaf yang bernama Hassan Abdullah, 74, atau nama asalnya Lin Ah San @ Lim Ah San, menyebabkan mayat itu disempurnakan mengikut agama Buddha.

Unit Forensik Hospital Kajang dilapor menyerahkan jenazahnya kepada sebuah badan kebajikan.

Memetik kenyataan Pengerusi Pusat Jagaan Al-Fikrah Malaysia, Mohd. Azmi Md Zain, kekeliruan berlaku apabila terdapat dua mayat lelaki Cina di unit forensik itu yang mempunyai nama yang hampir sama yang dipercayai menjadi punca pengurusan unit forensik itu tersalah menyerahkan mayat.

Dr Noor Hisham berkata KKM telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelak hal sama daripada berulang.

Mengulas lanjut, beliau berkata jenazah berkenaan merupakan satu-satunya penganut Islam dalam keluarganya dan sebelum ini mualaf tersebut menetap di sebuah rumah kebajikan di Kajang.

“Pengurusan abu mayat telah diserahkan kepada pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan rumah kebajikan yang terbabit,” katanya.

Sementara itu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mahu Hospital Kajang menjalankan siasatan serta menyediakan laporan terperinci berhubung kejadian berkenaan.

Pengerusinya, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa juga mencadangkan agar hospital itu menyemak dan menambah baik prosedur sedia ada agar perkara seumpamanya tidak berulang.

MAIS juga menggesa semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menimbulkan kontroversi dengan memberi kenyataan tidak tepat terhadap kes ini, kata Mohamad Adzib dalam satu kenyataan. – BERNAMA

Tags: Mayat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

Mayat Ditemui Di Rumah Kosong

18/12/2025
0

Rembau: Mayat yang belum dikenal pasti ditemui di belakang sebuah rumah tidak didiami di Kampung Batu 4, Pedas, di sini,...

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

Bomba Bantu Angkat Mayat Di Kota Damansara

11/12/2025
0

Kota Damansara, 11 Disember 2025 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh telah menerima panggilan kecemasan daripada pihak Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd