• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ziela Nafi Beli Tudung Bawal Harga Beribu

oleh AK-47
05/06/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

‘GERAM’ dengan dakwaan sebuah akhbar yang mengatakan beliau berbelanja mewah untuk membeli tudung, Datuk Ziela Jalil melepaskan rasa tidak puas hatinya menerusi laman Instagram.

Dalam kiriman itu,  Ziela menjelaskan hanya ke butik jenama tudung terkenal tersebut kerana suka melihat barangan yang cantik sebagai terapi diri, namun tidak membelinya seperti yang didakwa.

“Pada satu ketika hampir setiap hari ke Bawal Exclusive pasal pergi sana seperti terapi sebab saya suka tengok benda cantik dan pemilik tudung itu sangat baik, bukan setiap hari pergi dan beli.

“Pemilik Bawal Exclusive selalu menaja saya dengan tudung-tudung dia yang berharga beribu, bukan saya beli. Saya kata ada semua warna yang plain berharga RM30 atau RM40 sahaja,” tulisnya.

Ziela Nafi Beli Tudung Bawal Harga Beribu

Ziela Nafi Beli Tudung Bawal Harga Beribu

Menurut pemilik nama sebenar Norzilah Abdul Jalil ini, beliau mahu menjelaskan sebuah laporan akhbar pada Ahad yang mendakwa beliau berbelanja mewah dengan membeli tudung berharga ribuan ringgit setiap hari.

Dalam siri gambar petikan skrin (screenshot) yang dimuat naik itu, Ziela turut menyatakan bahawa dia berasa begitu tertekan kerana tidak mahu perkara ini mengundang masalah kepada pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Bagaimanapun, penerbit drama 60 Hari Mencintai Ku itu tidak mempertikaikan kuasa membeli adalah di tangan masing-masing dan jika mampu membeli barangan mewah, apa salahnya.

“Bila tanya pasal berbelanja beribu, saya kata itu hak masing-masing, kalau dah mampu beli sahaja, jangan tak merasa,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Ziela Jalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hebat! Anak Ziela Jalil Kini Bergelar Doktor Perubatan

04/07/2017
0

BUKAN mudah menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, namun dengan kecekalan dan hati yang tabah Datuk Ziela Jalil membuktikan beliau mampu...

Penulis Novel Saman Ziela Jalil RM10 Juta

27/04/2017
0

PENERBIT drama, Datuk Ziela Jalil yang berjaya 'menawan' hati penonton menerusi drama bersiri popular 7 Hari Mencintaimu disaman seorang penulis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd